Bapa Nur Fatimatul Hawa Reda, Serah Kes Kepada Polis – “Saya Maafkan Guru Itu”

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Sinar
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bapa kepada pelajar Tingkatan Satu, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin memilih untuk memaafkan individu yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa anaknya

SAYS.com

Image via Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan dilaporkan maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang guru wanita.

Bapa mangsa, Mohd Azaudin Abdullah, 43, mengambil pendekatan reda dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Sebagai bapa, saya memaafkan guru berkenaan dan selebihnya saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Namun di pihak saya sebagai bapa, saya memaafkan guru berkenaan. Saya juga reda dengan takdir yang menimpa anak saya dan kami sekeluarga.

"Malah ketika berada di lokasi semalam pun sebaik melihat jasad anak terbujur kaku, saya hanya bertanya siapa yang melanggar anak saya dan guru berkenaan mengaku bahawa dia yang melanggar Fatimatul Hawa.

"Namun saya tidak berkata apa-apa termasuk memarahi dan sebagainya sebaliknya hanya berdiam diri,"
katanya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1.50 tengah hari di hadapan surau sekolah itu turut mengakibatkan seorang lagi pelajar cedera parah dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II

SAYS.com
Image via BERNAMA

Dalam perkembangan sama, guru wanita berusia 57 tahun itu telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, majlis tahlil buat arwah akan diadakan di surau berhampiran kediaman keluarga mangsa di Kampung Chepa.

SAYS.com
Image via Sinar

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: