Banyak Ijazah Dilaporkan Tidak Lagi Akan ‘Laku’ Selepas Bergraduasi – Ahli Akademik
Graduan dinasihatkan untuk meningkatkan kemahiran dan mempelbagaikan kemahiran yang ada.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang profesor madya dari National University of Singapore (NUS) memberitahu ijazah di kebanyakan universiti bakal ketinggalan zaman
Menurut laporan dari Free Malaysia Today, Prof Madya Khairudin Aljuneid mengatakan pelajar perlu membina kemahiran profesional lebih-lebih lagi kecerdasan buatan (artificial intelligence), daripada bergantung kepada kelayakan akademik sahaja.
Khairudin mengatakan beberapa kursus sangat mudah untuk terdedah dalam menjadi ketinggalan zaman seperti ijazah sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Beliau juga menambah, graduan untuk sains sosial dan kemanusiaan akan menghadapi perkara ini dengan lebih teruk terutamanya untuk kerja masa hadapan yang lebih relevan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Mashable SEAGraduan perlu meningkatkan kemahiran dan mempelbagaikan kemahiran yang ada
Graduan juga perlu mengambil inisiatif lebih aktif dengan pendidikan mereka dan berbincang dengan pihak atasan universiti termasuk naib canselor dan dekan. Ini adalah untuk memastikan institusi akademik membuat penyesuaian dengan industri.

National University of Singapore (NUS), Khairudin Aljunied
Image via Khairudin AljuniedKhairudin Aljuneid memberi pesanan ini ketika bercakap di forum Ilmuwan Malaysia Madani dengan judul 'Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis'.
Pada ketika itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul, mengatakan perubahan mesti berlaku dan kementerian kini telah melancarkan kurikulum dan rangka kerja yang direka untuk memastikan universiti peka dengan permintaan industri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 