Bantuan Awal Persekolahan RM150 Diagih Mulai 11 Januari, Lebih 5.2 Juta Murid Terima Manfaat

Difahamkan, bantuan berkenaan bertujuan membantu keluarga menyediakan kelengkapan persekolahan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via KPM (Facebook) & BERNAMA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan meneruskan komitmen membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dengan menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada lebih 5.2 juta murid sekolah di seluruh negara, bermula Januari 2026

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Facebook, bantuan secara one-off itu melibatkan murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, bagi memastikan semua pelajar mendapat akses saksama kepada keperluan asas persekolahan.

Difahamkan, bantuan berkenaan bertujuan membantu keluarga menyediakan kelengkapan persekolahan seperti pakaian, alat tulis dan buku latihan menjelang sesi persekolahan baharu.

SAYS.com
Image via Kementerian Pendidikan Malaysia (Facebook)

Namun begitu, berbeza dengan kaedah sebelum ini, penyaluran BAP 2026 akan dibuat secara serahan tunai di sekolah menerusi program pertemuan antara guru dan ibu bapa

KPM menjelaskan pendekatan itu bukan sahaja memastikan bantuan sampai terus kepada penerima, malah berperanan mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam menyokong pembangunan pendidikan murid.

"Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

"Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti,"
katanya.

Pelaksanaan awal bantuan tersebut dijangka memberi kelegaan khususnya kepada ibu bapa dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, selain memastikan murid dapat memulakan sesi persekolahan dalam keadaan lebih bersedia.

Lihat kenyataan rasmi di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: