Bantal Busuk Jadi Tumpuan, Universiti Malaya Kongsi Koleksi Paling ‘Rare’ Pelajar Baharu

Macam-macam jenis bentuk dan rupa ada!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @myunimalaya (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Minggu ini, kampus Universiti Malaya kembali meriah dengan kehadiran wajah-wajah pelajar baharu yang memulakan langkah pertama mereka sebagai warga UM

Seperti biasa, detik penuh makna ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Wakil universiti turun padang mengabadikan pelbagai momen, dari senyuman gementar di hadapan dewan pendaftaran hingga pelukan erat keluarga yang melepas pergi.

Semua ini dikongsikan di media sosial rasmi UM, memberi gambaran semangat dan harapan yang mengiringi setiap pelajar baharu yang melangkah masuk ke menara gading tertua negara ini.

SAYS.com
Image via @myunimalaya (Threads)

Kongsi koleksi gambar bantal 'busuk' pelajar-pelajar baharu

Menerusi satu hantaran di laman Threads rasmi @myunimalaya, Universiti Malaya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu yang kini secara rasmi menjadi warga kampus keramat itu.

Namun, yang paling mencuri perhatian bukan sekadar wajah teruja para pelajar, tetapi juga kehadiran 'tetamu istimewa' bantal busuk kesayangan mereka yang turut sama dibawa masuk ke kolej kediaman.

SAYS.com
Image via @myunimalaya (Threads)
SAYS.com
Image via @myunimalaya (Threads)

"Tahniah kepada semua bantal busuk yang berjaya lulus masuk UM," tulis UM hantaran.

Jelas sekali, masuk universiti bukan bermakna tinggalkan semua kenangan, malah bantal busuk pun jadi peneman setia yang dibawa merantau, dari bilik tidur rumah ke kamar baru di menara ilmu.

Bantal busuk memang tak boleh ditinggalkan 😛

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik