Banjir Lumpur ‘Telan’ Pekan Di Himalaya, India – “100 Masih Hilang & 4 Disahkan Maut”

Difahamkan, setakat ini, kira-kira 20 mangsa telah berjaya diselamatkan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu tragedi ngeri melanda kawasan pergunungan Himalaya di India apabila pekan pelancongan Dharali di negeri Uttarakhand dihentam banjir lumpur dahsyat, menyebabkan sekurang-kurangnya empat maut dan 100 lagi dilaporkan hilang

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh
@channelnewsasia, banjir kilat yang membawa arus deras bersama lumpur dan serpihan batu merempuh kawasan di lembah pergunungan, menghanyutkan beberapa blok bangunan dan memusnahkan apa saja yang ada di laluannya.

Rakaman ngeri yang tular di media India memperlihatkan blok pangsapuri bertingkat dihanyutkan, manakala orang ramai dilihat berlari menyelamatkan diri sebelum ditenggelami arus lumpur pekat.

SAYS.com
Image via @channelnewsasia (Instagram)

Menteri Pertahanan India, Sanjay Seth, menyifatkan kejadian tersebut sebagai amat serius

"Kami menerima maklumat mengenai empat kematian dan sekitar 100 orang yang masih hilang. Kami berdoa agar mereka selamat," katanya.

Manakala, Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami, mengesahkan pasukan penyelamat digerakkan dengan kesiapsiagaan maksimum, manakala Tentera India menghantar 150 anggota ke lokasi bencana.

Menurut laporan Berita Harian, setakat ini, kira-kira 20 mangsa telah berjaya diselamatkan.

"Tanah runtuh besar melanda Dharali mencetuskan aliran mendadak lumpur dan serpihan ke kawasan penempatan," katanya.

Gambar-gambar yang dikongsikan selepas bencana menunjukkan sungai lumpur masih memenuhi kawasan, walaupun arus utama sudah surut.

Lihat video di bawah:

Fetching content==

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: