Banjir Kilat & Air Berlumpur Mengalir Deras Dari Bukit Di Cameron Highlands
Difahamkan, banjir kilat ini juga melanda beberapa kenderaan yang berada di tepi jalan.
Cover image via @WeatheMonitorsFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Hujan lebat yang berlarutan selama 2 jam telah menyebabkan aliran air berlumpur yang deras di Ringlet semalam
Video yang dirakam adalah dari bangunan di kawasan yang lebih tinggi yang menunjukkan air berlumpur yang deras mengalir ke bawah bukit sehingga menutup seluruh jalan utama.
Air lumpur yang deras ini juga telah menimpa beberapa kenderaan yang diletakkan di tepi jalan, dan ada yang tidak dapat menampung jumlah air yang banyak sehingga ditolak dan melanggar kereta lain.

Banjir kilat berpunca dari hujan lebat sejak jam 2 petang dalam masa 30 minit
Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli, mengatkan hujan lebat sejam jam 2 petang telah mengakibatkan banjir kilat dan balai polis Ringlet dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 30 minit kemudian
"Pasukan polis tiba di tempat kejadian pada jam 3 petang untuk memantau keadaan dan memastikan keselamatan orang awam. Tiada kejadian buruk dilaporkan.
"Dua laporan polis membabitkan kerosakan kenderaan yang terkandas akibat banjir kilat dibuat," katanya.
Kawasan itu telah dibersihkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Roadcare selepas ia surut pada sekitar jam 4 petang.
Beliau juga menambah, siasatan mendapati banjir kilat itu membabitkan air yang bercampur lumpur yang mengalir dari kawasan Habu Heights.
Hujan lebat itu juga telah mencetuskan tanah runtuh kecil yang menghalang jalan di Taman Orchid Deluxe Park, Ringlet.
Video kejadian:
A mudslide and flooding occurred this afternoon in Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. pic.twitter.com/B6Uq5glhK0
— Weather Monitor (@WeatherMonitors) April 20, 2026
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



