Bangunan Sultan Abdul Samad Kini Kembali Dibuka, Masuk Percuma Sepanjang Bulan Februari Ini

Kafe menarik pun ada, boleh OOTD!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @pedzulkefli (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bangunan Sultan Abdul Samad kembali menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa selepas dibuka semula kepada orang ramai, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara tarikan pelancongan utama serta simbol warisan kebanggaan ibu negara

Menurut laporan Berita Harian, bangunan bersejarah yang terletak di Dataran Merdeka itu terus menarik kehadiran pengunjung berikutan keunikan seni bina serta nilai sejarah yang tinggi, menjadikannya antara ikon warisan paling signifikan di Kuala Lumpur.

Seorang pelancong dari Perancis, Manon Noblet, 23, berkata kunjungannya ke bangunan berkenaan didorong keinginan untuk mengenali sejarah dan budaya Malaysia dengan lebih dekat.

Menurutnya, maklumat mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad diperoleh menerusi carian di internet dan disifatkan sebagai antara lokasi wajib dikunjungi sepanjang berada di Malaysia.

SAYS.com
Image via Kosmo!

"Saya dan rakan tertarik untuk melihat sendiri bangunan ini serta memahami sejarah Malaysia dengan lebih mendalam. Seni binanya sangat indah dan kawasan sekitarnya memberi suasana yang tenang serta menyenangkan," katanya.

Sementara itu, pelancong dari Amerika Syarikat, Rebecca Bounds, 46, berkata lawatan ke bangunan bersejarah itu merupakan antara pengalaman bermakna sepanjang percutian pertamanya ke Malaysia bersama keluarga.

Dia turut memuji layanan mesra rakyat tempatan serta persekitaran yang bersih dan teratur di kawasan berkenaan.

"Sebelum datang ke Malaysia, saya mendapatkan maklumat daripada media sosial mengenai lokasi pelancongan utama dan bangunan ini sering disenaraikan sebagai tarikan wajib," katanya.

Tawar pameran dan aktiviti edukatif

SAYS.com
Image via Berita Harian
SAYS.com
Image via Berita HarianImage via

Bangunan Sultan Abdul Samad kini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung, termasuk pameran berkaitan sejarah ibu kota melalui paparan miniatur dan maklumat visual, selain mudah diakses kerana berhampiran kemudahan pengangkutan awam.

Pengunjung tempatan dari Negeri Sembilan, Siti Rubiah Mohd Ramli, 61, berkata beliau bersyukur akhirnya berpeluang memasuki bangunan ikonik itu selepas sekian lama hanya menikmati keindahannya dari luar.

"Saya menunggu hampir 50 tahun untuk masuk ke bangunan ini. Kerja pengubahsuaian yang dilakukan memberi nafas baharu dan menjadikan bangunan ini lebih bermakna untuk generasi masa kini," katanya.

Dia turut menyifatkan usaha pemuliharaan dan pengaktifan semula Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai langkah tepat dalam memastikan warisan negara terus dihargai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat.

Lihat video di bawah:

@pedzulkefli

Finally open for public! Cantik sgt kt dalam tu. Ada byk cafe, galeri & port ootd!

♬ original sound – Fadhilah – Explore & Travel – Fadhilah – Explore & Travel

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: