Band Dari Jepun Cover Lagu Hujan Raih Perhatian Ramai – “Sedap Version Ni”
Orang Jepun pun suka ya lagu Melayu.
Cover image via @bolehboleh_jepun (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, lagu cover bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia muzik
Malah, ramai peminat gemar melihat karya kegemaran mereka diberi nafas baharu oleh penyanyi atau kumpulan lain.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian apabila lagu berbahasa Melayu dinyanyikan semula oleh pemuzik dari luar seperti kumpulan dari Jepun ini.

Ramai puji versi ini sedap dan menarik
Menerusi satu hantaran di Instagram @bolehboleh_jepun, sebuah kumpulan muzik dari Jepun yang terdiri daripada lima orang ahli dilihat menyanyikan lagu popular kumpulan Hujan berjudul Aku Skandal.
Dengan gaya santai dan penuh penghayatan, mereka mempersembahkan lagu tersebut dengan sebutan yang jelas serta susunan muzik yang segar.
Lebih menarik, persembahan cover itu dirakam dengan latar belakang bangunan ikonik Merdeka 118, sekali gus memberikan sentuhan unik yang menggabungkan elemen Malaysia dan Jepun dalam satu bingkai.
Nyanyian mereka nyata mendapat sambutan hangat daripada warganet yang rata-rata memuji versi tersebut sebagai "sedap" dan menghiburkan.
Malah, penyanyi asal lagu berkenaan iaitu Noh Salleh turut memberikan reaksi positif terhadap persembahan tersebut.
Perkongsian ini sekali lagi membuktikan bahawa muzik tidak mengenal sempadan bahasa dan budaya, malah mampu menjadi jambatan yang menghubungkan peminat dari pelbagai negara.

Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



