Bakal Dibangunkan Semula, Tapak Bekas MAPS Di Perak Dibeli IGB Pada Harga RM43.65 Juta

Harap projek baharu nanti lebih meriah dan dapat sambutan pelancong.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Klook & TheSmartLocal Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

IGB Bhd dilaporkan membeli dua petak tanah pegangan bebas seluas 9.83 hektar di Bandar Meru Raya, Perak yang merupakan tapak yang sebelum ini menempatkan Movie Animation Park Studios (MAPS) pada harga RM43.65 juta

Menurut laporan Berita Harian, pembelian itu dibuat melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh IGB, Bintang Sentral Sdn Bhd (BSSB).

Menurut kenyataan syarikat, pengambilalihan tersebut masih tertakluk kepada kelulusan Kementerian Ekonomi dan pihak berkuasa negeri bagi proses pemindahan tanah.

IGB menjangkakan kelulusan ini dapat diperoleh dalam tempoh enam bulan selepas perjanjian jual beli ditandatangani. Jika semuanya berjalan seperti dirancang, transaksi itu dijangka diselesaikan pada separuh kedua tahun 2026.

SAYS.com
Image via Klook

IGB mahu kukuhkan kehadiran di Perak

Pengambilalihan tapak bekas MAPS itu dilihat sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan kehadiran IGB di Perak.

Menurut IGB, tanah tersebut mempunyai potensi besar untuk pembangunan bercampur komersial, sekali gus selari dengan kepakaran mereka dalam projek pembangunan bandar dan pusat komersial.

"Tapak itu, yang sebelum ini diduduki oleh Movie Animation Park Studios, sangat berfaedah kerana ia sudah mempunyai infrastruktur sokongan di tempatnya.

"Petak tanah itu terletak secara strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), menawarkan pemandangan hadapan yang menonjol dari lebuh raya, ketersambungan yang baik ke Plaza Tol Ipoh Utara dan akses mudah untuk penumpang,"
tambahnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: