Babak ‘Ketip Bibir’ Dalam Keluarga Itu Julang Nama Rosyam Nor Rangkul Anugerah Selebriti Viral Terhangat
Babak itu bukan sahaja menjadi bualan hangat, malah diangkat menjadi ikutan ramai sehingga menghasilkan ribuan video parodi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penangan watak Iman dalam drama bersiri 'Keluarga Itu' ternyata membawa tuah luar biasa kepada pelakon disegani, Datuk Rosyam Nor, apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Selebriti Viral Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025)

Kejayaan itu didorong oleh satu babak ikonik di mana wataknya 'mengetap bibir' yang secara tidak dijangka mencetuskan satu fenomena di media sosial khususnya di platform TikTok.
Babak itu bukan sahaja menjadi bualan hangat, malah diangkat menjadi ikutan ramai sehingga menghasilkan ribuan video parodi.
Impaknya terbukti cukup besar apabila ia berjaya meraih 1.3 bilion ciapan di media sosial dan membantu drama tersebut mencapai 11 juta tontonan sepanjang siarannya.
Impak drama popular 'Keluarga Itu' yang begitu luar biasa
Menurut Rosyam, 58, beliau sendiri terkejut dengan pengiktirafan tersebut dan tidak menyangka watak yang dibawanya akan memberi impak sedemikian rupa.
"Saya pada mulanya enggan menerima tawaran ini kerana bimbang watak Iman yang antagonis akan menimbulkan rasa benci dalam kalangan penonton," katanya.
Beliau menambah, penerbit drama berkenaan, Erma Fatima, yang berjaya meyakinkannya untuk menyahut cabaran tersebut sebagai satu tanggungjawab seorang anak seni.
Rosyam turut meluahkan rasa syukur dan menganggap kejayaan ini membuktikan bahawa pelakon senior sepertinya masih relevan dan mampu mencipta fenomena tersendiri dalam industri hiburan tanah air.
"Anugerah ini adalah satu pengiktirafan yang amat bermakna. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutamanya TV3 dan Erma Fatima atas kepercayaan yang diberikan," ujarnya.
Jangan lupa menonton atau saksikan semula drama 'Keluarga Itu' di Tonton!
Untuk rekod, Keluarga Itu yang bersiaran di slot Lestary TV3 mencetuskan fenomena tersendiri apabila mendapat sambutan luar biasa daripada penonton.
Antara pelakon utama dalam drama itu termasuklah Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Fattah Amin, Izara Aishah, Puteri Balqis dan ramai lagi.
Anda boleh strim sekarang di Tonton untuk layan semua episod penuh dan menyaksikan semula drama Keluarga Itu. Selamat menonton!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 