‘Maaf Chief. Ia Bukan Emas’ – Kata Azizulhasni Awang #PocketRocketMan
Betul-betul macam rocket!
Cover image via SAYSItu adalah ungkapan The Pocketrocketman, Azizulhasni Awang kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin selepas mencipta sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara meraih pingat gangsa di Velodrom Olimpik Rio, awal pagi tadi
Kejayaan itu amat bermakna buat pelumba berusia 28 tahun itu setelah gagal dalam dua percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.
Kemenangan pingat pakar keirin negara ini juga merupakan sumbangan pingat kedua buat kontinjen negara selepas Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon menghadiahkan pingat perak menerusi acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
Image via ASTRO ARENA/Twitter
Anak kelahiran Terengganu ini mengakui, gangsa yang diraihnya itu sememangnya bersejarah kerana ini pertama kali pelumba basikal negara memenangi pingat di Sukan Olimpik
Image via BERNAMA/Twitter
Bagaimanapun, terdapat beberapa kontroversi berlaku apabila perlumbaan tersebut dibatalkan sebanyak dua kali kerana pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek tersebut
Di perlumbaan final, Azizul kelihatan diasak dan dikepung oleh pelumba-pelumba lain tetapi Azizul memecut di saat-saat akhir sekaligus berjaya meraih tempat ketiga.
Image via BERNAMA/Twitter
Image via Fly FM/Twitter
Nampaknya kejayaannya itu, benar-benar membanggakan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada beliau menerusi laman Twitter
Tahniah #PocketRocketMan. Kami bangga dengan anda!
Image via Nasarudin Nasimuddin/Twitter


