Azalina Tegaskan Suspek Rogol Bawah Umur Akan Didakwa – “Salah Tetap Salah, Jahat Tetap Jahat”
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan empat pelajar yang disyaki terlibat dalam kes itu masih dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan memberi jaminan bahawa suspek yang terbabit dalam kes rogol di sebuah sekolah menengah di Melaka tidak akan terlepas daripada hukuman, walaupun mereka masih di bawah umur
Menurut laporan Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, umur bawah 18 tahun bukan alasan untuk melepaskan seseorang daripada pertanggungjawaban jenayah.
"Bukannya pelaku bawah 18 tahun boleh bebas jika dia melakukan jenayah. Ini banyak orang salah faham. Salah tetap salah, jahat tetap jahat. Hukuman tetap dikenakan, tetapi mahkamah (untuk prosiding pertuduhan dan perbicaraan kes terbabit) mungkin berlainan," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said
Image via Harian MetroBeliau menjelaskan bahawa tindakan merogol tetap dikategorikan sebagai jenayah serius di bawah Kanun Keseksaan, dan pertuduhan akan dibuat mengikut kumpulan usia pelaku sewaktu kejadian berlaku
Azalina berkata demikian dalam sidang media selepas forum 'Nation Building and Future Resilience: Youth and Bullying' sempena International Young Future Summit anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan empat pelajar yang disyaki terlibat dalam kes itu masih dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan bagi memastikan hak pendidikan mereka tidak terjejas walaupun siasatan masih berjalan.
Empat pelajar Tingkatan 5 itu telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan rogol secara berkumpulan.
Namun, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, berkata kesemua empat pelajar yang menjadi suspek kes rogol bergilir-gilir seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka sudah dibuang sekolah serta-merta.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad
Image via Berita Harian"Lembaga Tatatertib Sekolah telah bersidang hari ini dan telah menjatuhkan hukuman buang sekolah terhadap semua suspek yang terlibat," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 