Ayda Jebat Dedah Sisi Gelap Ketika Belajar Di Sekolah Penuh Perempuan – “Tak Tahan Kena Ngorat”

Memang takutlah perangai macam ni.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekolah berasrama penuh (SBP) sering dianggap sebagai institusi pendidikan yang melahirkan pelajar cemerlang dari seluruh negara

Dengan kemudahan lengkap, suasana pembelajaran yang kondusif, serta bimbingan akademik yang tersusun, SBP menjadi pilihan ramai ibu bapa yang mengimpikan masa depan gemilang untuk anak-anak mereka.

Hidup di asrama juga mengajar pelajar berdikari, mengurus masa, dan membentuk jati diri sejak usia muda.

Namun begitu, di sebalik reputasi cemerlang ini, segelintir insiden melibatkan buli dalam kalangan pelajar asrama masih timbul dari semasa ke semasa.

Isu ini bukan sahaja mengganggu kesejahteraan mental mangsa, malah boleh menjejaskan imej institusi pendidikan itu sendiri sekiranya tidak ditangani dengan tegas dan berkesan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Selalu kena 'ngorat' dengan kakak-kakak senior

Menerusi perkongsian oleh pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat, dia memberitahu turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Zara Qairina baru-baru ini.

Ayda menceritakan pengalaman sewaktu di Tingkatan 1 apabila ditempatkan di sebuah sekolah perempuan yang terkenal dengan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Disebabkan lewat mendaftar, beliau tidak mendapat tempat di asrama dan terpaksa berulang-alik dari rumah sejauh 40 minit setiap hari.

Pada awalnya, beliau teruja menjadi sebahagian daripada pelajar cemerlang di sekolah tersebut.

Namun, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila salah seorang senior iaitu seorang pengawas mula mendekatinya dengan cara yang tidak selesa. Bermula dengan layanan seperti 'kakak menjaga adik', situasi berubah apabila pelajar senior itu mula memberikan hadiah, surat cinta, dan menunjukkan tanda cemburu yang melampau.

Lebih membimbangkan, beliau pernah diugut agar tidak bercakap dengan pelajar lain dan terpaksa bersembunyi dalam tandas sewaktu rehat kerana takut diganggu. Rasa tidak selamat itu memuncak apabila rakan sekelasnya sendiri mula menunjukkan minat yang sama terhadapnya.

SAYS.com

Ayda Jebat berkongsi gambar ketika di zaman persekolahannya.

Image via @aydajebat (Threads)

Minta tukarkan sekolah, beritahu pengetua hal sebenar

Ayda akhirnya memutuskan untuk memberitahu ibunya tentang perkara sebenar. Walaupun pada awalnya ibunya hanya menyangka ia perkara biasa, segala bukti surat dan hadiah yang ditunjukkan membuktikan sebaliknya.

Mereka membuat temu janji dengan pengetua untuk memohon pertukaran sekolah. Pada mulanya, pengetua mencadangkan agar Ayda ditempatkan di asrama, tetapi Ayda dengan berani bersuara tentang ketidakselamatannya.

"Maaf cakap, cikgu. Kat sekolah ni banyak sangat lesbian. Nah benda-benda dorang bagi dan saya takut nak datang sekolah. Tolong keluarkan saya dari sekolah ni," katanya.

Pengetua akhirnya meluluskan pertukaran dan beliau berpindah ke sekolah harian biasa yang lebih selamat dan selesa untuk belajar.

Lihat perkongsian di bawah:

SAYS.com
SAYS.com
Image via @aydajebat (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik