Awas Scam Derma Zara Qairina, Duit Sumbangan Didakwa Tak Sampai Kepada Keluarga Arwah

Terdapat pihak yang dilihat mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini apabila pempengaruh, Reina Lum, mendedahkan taktik penipuan di media sosial berkaitan kes kematian Zara Qairina

Menerusi Instagram miliknya, dia memberitahu terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan membuat kutipan derma kononnya bagi membantu keluarga Allahyarham membayar kos guaman.

Namun, sumbangan yang dikutip itu sebenarnya langsung tidak disalurkan kepada keluarga mangsa.

"Reina bukan lagi seorang peguam, tapi I tak boleh diam je bila ada pihak tak bertanggungjawab guna the justice system & kebaikan hati rakyat Malaysia untuk kaut keuntungan. Please, ada sifat keperimanusiaan juga," katanya.

Ini termasuk individu yang mengambil kesempatan dengan menjual T-shirt di platform dalam talian demi mengaut keuntungan peribadi.

SAYS.com
Image via @reinalum (Instagram)

Peguam nafi kutip sumbangan biayai yuran guaman

Sementara itu, laporan Buletin TV3 memberitahu peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat sebarang kutipan sumbangan bagi membiayai yuran guaman.

Hamid Ismail berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan berhubung satu komen di aplikasi TikTok yang meminta sumbangan kononnya untuk tujuan tersebut.

"Kami tidak ada membuat sebarang sumbangan kerana kes ini adalah pro bono iaitu khidmat guaman percuma. Jika ada pihak membuka tabung untuk tujuan itu, ia adalah palsu dan tidak benar," katanya.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik