Aura Emma Maembong Masih Menyengat, Raih Aktres TV Popular Di ABPBH 37

Majlis turut diserikan dengan persembahan memukau dan dihadiri oleh figura-figura penting dalam dunia hiburan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon jelita, Emma Maembong, sekali lagi membuktikan popularitinya apabila dinobatkan sebagai Aktres TV Popular di acara kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-37 (ABPBH 37)

Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai salah seorang bintang paling disayangi dan berpengaruh dalam industri seni tanah air.

Acara gilang-gemilang ABPBH 37, yang dinanti-nantikan oleh peminat hiburan Malaysia, telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Hotel Premiera Kuala Lumpur.

ABPBH 37 kali ini turut meraikan bintang-bintang lain dalam pelbagai kategori filem, radio, dan digital.

Majlis turut diserikan dengan persembahan memukau dan dihadiri oleh figura-figura penting dalam dunia hiburan.

SAYS.com

Akan datang dengan drama baharu

Emma Maembong kini kembali menemui peminat dengan naskhah terbaharu yang menjanjikan elemen seram dan mistik yang mendebarkan, berjudul Santau Perempuan Terlarang.

Drama ini dijangka bakal menguji versatiliti Emma dalam membawakan watak yang lebih berat dan mencabar.

Santau Perempuan Terlarang dilihat sebagai pilihan yang menarik dan berani, lari daripada genre drama cinta biasa yang sering dibintangi Emma.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik