Aslam Akui Hidup Berpoligami Tak Semudah Disangka- “Saya Cuba Yang Terbaik Dalam Setiap Sudut”
Aslam mengaku dalam tempoh enam bulan pertama hidup berpoligami, dia dan pasangan perlu membiasakan diri.
Cover image via @aslambul (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh Ahmad Aslam, yang pernah mencuri perhatian susulan perkahwinannya dengan dua wanita salah seorangnya Marissa Dania, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi
Dia mengakui bahawa menjalani kehidupan berpoligami bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pada usia muda.
Menerusi laporan Berita Harian, Aslam atau nama sebenarnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci tentang cabaran yang dihadapinya, memandangkan dia perlu menjaga hati pelbagai pihak.
"Susah, sebenarnya agak susah. Saya tidak boleh ulas lebih dan terperinci.
"Saya bimbang perkara ini membabitkan sensitiviti banyak pihak," katanya.

Mengaku sukar berpoligami, masih banyak perlu diperbetulkan
Dalam pada itu, Aslam mengaku dalam tempoh enam bulan pertama hidup berpoligami, dia dan pasangan perlu membiasakan diri.
"Sebenarnya, sampai saat ini saya cuba yang terbaik dalam setiap sudut. Apa yang tidak boleh, saya tetap usaha. Masih banyak yang saya perlu perbetulkan," katanya.
Tambahnya, ramai pengikut meminta nasihat daripadanya mengenai hidup berpoligami setiap kali membuat siaran langsung atau 'live' di platform media sosial.
"Ramai yang minta nasihat (poligami), tetapi, saya anggap semuanya gurauan dan lazim, saya tidak balas mesej langsung (DM)," katanya.

Aslam secara jujur mengakui dirinya kurang selesa apabila sentiasa menjadi perhatian khalayak, apatah lagi selepas kontroversi yang melibatkan kehidupan peribadinya.
Namun begitu, beliau tetap bersyukur kerana dalam kesibukan itu, Allah SWT membuka ruang rezeki buatnya dalam bidang baharu antaranya sebagai duta dan jurucakap kempen produk.
Ketika ditanya sama ada beliau pernah menerima tawaran berlakon daripada mana-mana penerbit, Aslam tidak menolak kemungkinan untuk mencuba.
Walaupun dunia lakonan bukanlah minat utamanya, namun beliau terbuka untuk menjelajah peluang baharu yang datang.
Aslam mula melakar kisah rumah tangganya apabila sah bergelar suami kepada Umisya Mazlan pada Julai 2020.
Namun, hubungan itu pernah diuji apabila pasangan ini bercerai pada September 2023, sebelum kembali merujuk semula ketika dalam tempoh edah.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Hud yang kini berusia empat tahun, Nuh tiga tahun, dan seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 17 Februari lalu.
Kisah hidup Aslam terus menjadi perhatian apabila beliau mengumumkan telah bernikah dengan Marissa Dania, anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, pada 27 Disember 2023 di Songkhla, Thailand, sekali gus mengesahkan statusnya sebagai suami kepada dua wanita pada usia 25 tahun.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



