Ascend Airways Bakal Warnai Langit November Ini Sebagai Syarikat Penerbangan Malaysia Terbaharu

Syarikat penerbangan itu dijadual memulakan operasinya pada November ini, bermula dengan pesawat pertamanya, Boeing 737-800SF.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sektor penerbangan negara bakal menyaksikan kemunculan pemain baharu apabila Ascend Airways Malaysia secara rasmi memperoleh kelulusan operasi

Menandai fasa pertumbuhan baharu dalam industri ini, syarikat tersebut dijadual memulakan perkhidmatannya seawal November, dengan pelancaran pesawat pertamanya Boeing 737-800SF.

Berpengkalan di Kuala Lumpur, Ascend Airways Malaysia merupakan anak syarikat kepada Avia Solutions Group yang berpangkalan di Ireland, sebuah penyedia perkhidmatan global merangkumi pesawat, kru, penyelenggaraan dan insurans (ACMI).

SAYS.com
Image via Ascend Airways Malaysia (Facebook)

Penerbangan penumpang dijangka bermula pada suku pertama 2026

Ascend Airways Malaysia kini secara rasmi bersedia untuk beroperasi selepas memperoleh Sijil Pengendali Udara (AOC) dan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Langkah ini menandakan kemasukan pemain baharu dalam industri penerbangan negara, sekali gus memperkukuh sektor pengangkutan udara tempatan.

Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa mereka telah bekerjasama rapat dengan CAAM bagi melengkapkan keseluruhan proses pelesenan selepas menerima Permit Perkhidmatan Udara Bersyarat (CASP) pada tahun 2024.

Walaupun begitu, operasi penerbangan penumpang dijangka bermula pada suku pertama tahun 2026, tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan tambahan daripada pihak berkuasa.

SAYS.com
Image via Ascend Airways Malaysia (Facebook)

Ascend Airways Malaysia merancang untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan ACMI (Aircraft, Crew, Maintenance, and Insurance) serta sewaan khas bagi operasi penumpang dan kargo di seluruh Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Ascend Airways Malaysia, Germal Singh Khera, berkata syarikat penerbangan itu berhasrat menyediakan penyelesaian ACMI yang fleksibel bagi menyokong pengembangan sektor penerbangan negara.

"Kami melihat Malaysia berada pada kedudukan strategik sebagai hab logistik dan penerbangan yang menghubungkan Asia Tenggara, China dan India. Justeru, kami yakin potensi pertumbuhan masa depan amat besar," katanya.

Beliau menambah, jumlah trafik penumpang di Malaysia dijangka meningkat antara 8.4 hingga 15.6 peratus pada 2025, mencapai sekitar 105.8 juta hingga 112.9 juta penumpang.

SAYS.com
Image via Ascend Airways Malaysia (Facebook)

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, berkata pengeluaran AOC dan ASP tersebut membuktikan bahawa Ascend Airways telah melalui proses penilaian yang ketat dan menyeluruh.

"Kami mengiktiraf ketekunan dan profesionalisme Ascend Airways Malaysia sepanjang proses pensijilan ini," ujarnya.

Untuk rekod, Avia Solutions Group, kumpulan induk kepada Ascend Airways Malaysia, kini mengendalikan 187 pesawat di seluruh Eropah, Asia, dan benua Amerika.

Ini meletakkan syarikat itu antara penyedia perkhidmatan penerbangan terkemuka di peringkat global.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: