ARMY Bersiap Sedia! BTS Sahkan Konsert Di Malaysia Pada Disember Ini
BTS bakal memperkenalkan reka bentuk pentas 360-darjah 'in-the-round'.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kumpulan K-pop tersohor, BTS, bukan sekadar nama dalam industri muzik, malah merupakan satu fenomena global yang telah membentuk semula landskap hiburan dunia
Bagi peminat di Malaysia, kenangan menyaksikan kehebatan mereka secara langsung di tanah air sudah agak lama berlalu memandangkan kali terakhir BTS mengadakan konsert di sini adalah pada tahun 2014 menerusi jelajah 2014 BTS Live Trilogy Episode II: The Red Bullet.
Khabar angin yang bertiup kencang akhirnya terjawab apabila kumpulan fenomena K-pop tersebut secara rasminya mengumumkan berita gembira yang paling dinantikan iaitu pelancaran BTS World Tour 2026–2027.
Pengumuman eksklusif yang mengujakan ini telah dikongsikan secara terus kepada peminat melalui Weverse, iaitu platform komuniti peminat rasmi di bawah naungan HYBE.

Konsert bakal memberikan pengalaman istimewa buat peminat
Menurut pengumuman rasmi, jelajah kali ini bakal menjadi yang terbesar dalam sejarah BTS dengan 79 persembahan merentasi 34 lokasi di seluruh dunia.
Siri konsert ini akan bermula pada April 2026 di Stadium Goyang, Korea Selatan dan Tokyo Dome, Jepun, sebelum menjelajah ke pelbagai benua.
Berita paling ditunggu-tunggu adalah kembalinya mereka ke Kuala Lumpur selama dua malam berturut-turut pada 12 dan 13 Disember 2026, di samping singgah ke kota utama lain seperti Singapura, Jakarta, Bangkok, dan Manila.
Bagi memberikan pengalaman istimewa, BTS bakal memperkenalkan reka bentuk pentas 360-darjah 'in-the-round' yang membolehkan peminat berada di sekeliling pentas untuk suasana yang lebih intim dan dekat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 