Ardell Menangis Hubungi Keluarga, Teringat Kawan Sekapal Yang Masih Dalam Tahanan Israel

Siapa je tak sedih, mereka pun dah rapat macam keluarga sendiri.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas beberapa hari dirawat di Hospital Istanbul akibat kecederaan yang dialaminya ketika ditahan pihak berkuasa Israel, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana akhirnya berjaya menghubungi keluarganya

Menerusi rakaman video yang tular di laman Threads, Ardell dilihat menangis teresak-esak ketika membuat panggilan tersebut.

Beliau mengucapkan rasa syukur kerana sudah dibebaskan, namun pada masa yang sama tidak dapat menahan sebak memikirkan nasib rakan-rakan aktivis lain yang masih ditahan.

"Alhamdulillah, I selamat. Tapi kawan-kawan kapal I semua dalam penjara lagi. Tak dapat makan," katanya.

SAYS.com
Image via @ardellaryana (Instagram)

Rakan-rakan yang masih berada dalam tahanan dipercayai tidak diberi makanan

Malah, Ardell sendiri mendedahkan bahawa sepanjang empat hari ditahan sebelum ini dia juga tidak diberikan makan dan minum.

Selain itu, semua barangan peribadi termasuk Al-Quran miliknya turut dirampas dan tidak dipulangkan semula, membuatkan aktres tersebut tidak dapat menahan tangisan.

Dalam pada itu, ahli keluarga yang dihubunginya juga berkata dia tidak dapat menahan air mata jantannya ketika dapat mendengar suara Ardell.

"Ardell kini sedang dalam proses recovery. Selepas menerima drip air, barulah dia mampu bersuara kembali. Sungguh, aku masih terperanjat kerana di fikiranku seolah dia masih terkurung di penjara Issewel.

"Panggilan tadi terasa begitu tidak dijangka, ibarat mendengar suara yang telah hilang selama bertahun. Dia kini selamat, meskipun tubuhnya ditumbuk dan disakiti oleh rejim zi0nis laknatullah. Air mata jantanku tak terbendung dan akhirnya jatuh lagi. Kerana terlalu gembira, terkejut, dan terharu,"
tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via