Ardell, Heliza & Hazwani Dihantar Pulang Ke Malaysia Selepas Kapal Rosak, Misi GSF Diteruskan Dari Sepang

Sementara itu, kesemua 36 rakyat Malaysia yang menyertai misi tersebut dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa selebriti tempatan termasuk Heliza Helmi bersama adiknya, Nur Hazwani Helmiserta Ardell Aryana dilaporkan telah selamat dihantar pulang ke Malaysia susulan insiden kerosakan serius melibatkan kapal yang digunakan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF)

Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh Sumud Nusantara Official di Facebook, kepulangan mereka adalah langkah keselamatan selepas kapal berdepan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan ketika berada di perairan antarabangsa.

Mereka kini difahamkan akan meneruskan peranan mereka di pangkalan SNCC yang terletak di Sepang. Pangkalan ini turut berfungsi sebagai Pusat Operasi Serantau yang memainkan peranan penting dalam penyelarasan strategik bersama tujuh buah negara yang terlibat dalam misi berkenaan.

Dalam kenyataan sama, pihak SNCC menegaskan komitmen berterusan mereka untuk memastikan misi GSF berjalan lancar meskipun berdepan cabaran teknikal.

Mereka turut menyeru rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan moral serta mendoakan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam armada tersebut

Sementara itu, kesemua 36 rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan yang terdiri daripada jurutera bot, kapten, pasukan perubatan, kru kapal, penganjur dan peserta dilaporkan berada dalam keadaan sihat serta kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan fasa seterusnya.

Pihak urus setia juga memaklumkan bahawa aspek keselamatan dan kebajikan semua krew sentiasa menjadi keutamaan, dengan pemantauan rapi dilakukan bagi memastikan setiap operasi di perairan antarabangsa dapat dilaksanakan dengan selamat dan teratur.

Insiden ini bagaimanapun tidak mematahkan semangat misi GSF, malah memperlihatkan kesiapsiagaan serta kerjasama pelbagai pihak dalam mengurus situasi kecemasan secara profesional.

Lihat hantaran di bawah:

SAYS.com
Image via Sumud Nusantara Official (Facebook)
SAYS.com
Image via Sumud Nusantara Official (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: