Ardell Aryana Ditarik Rambut & Ditumbuk Di Muka, PU Rahmat Pula Diarah Buka Pakaian
Semua 23 sukarelawan Malaysia itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Israel sebelum dibawa ke penjara Ketziot.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
"Ardell ditarik rambut dengan kasar selain ditumbuk di bahagian muka oleh tentera Israel sehingga mengalami kecederaan ketika rejim terbabit memintas kapal dinaiki sukarelawan itu," kata peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin
Menurut Fahmi, yang merupakan salah seorang daripada lima barisan peguam mewakili 23 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF), maklumat tersebut diperoleh hasil perbualannya bersama Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin di Istanbul, Turkiye.
Menerusi laporan Berita Harian, beliau memaklumkan bahawa selain Ardell, beberapa sukarelawan lelaki turut mengalami layanan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis, termasuk Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan (PU Rahmat) yang dipaksa menanggalkan pakaian dengan tujuan memalukan mereka.
"Apa yang baharu saya dapat sedikit sebanyak maklumat sukarelawan GSF sebentar tadi antara perkara yang tidak berperikemanusiaan lain termasuk ada dua, tiga sukarelawan lelaki seperti PU Rahmat diarahkan membuka pakaian.
"Heliza dan Hazwani pula diberikan minuman air paip dari tandas. Dalam penjara, airnya tidak bersih," katanya.

Semua 23 sukarelawan Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Israel sebelum dibawa ke penjara Ketziot
Selain Fahmi, barisan peguam yang turut mewakili 23 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ialah Dir Kheizwan Kamaruddin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan, kesemuanya merupakan aktivis undang-undang hak asasi manusia.
Kesemua 23 sukarelawan itu sebelum ini ditahan oleh pihak berkuasa Israel pada Khamis lalu dan dibawa ke Penjara Ketziot, yang terletak di padang pasir Negev, antara penjara terbesar dan paling ketat kawalannya di Israel.
Pada masa sama, Fahmi memaklumkan bahawa pasukan peguam berhasrat untuk memfailkan hasil siasatan terhadap rejim Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Dir Kheizwan (dua dari kanan) antara lima peguam dari CENTHRA.
Image via BernamaImage viaLangkah itu dilihat sebagai usaha membawa bukti penderaan dan layanan tidak berperikemanusiaan yang diterima sukarelawan Malaysia ke peringkat global.
"Kami akan dapatkan maklumat terperinci apabila pulang ke Malaysia. Apa yang boleh dilakukan terhadap rejim Zionis ialah kita cadang untuk mengambil semua bukti dan keterangan sukarelawan ini.
"Kemudian kita bercadang untuk memfailkan satu laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).
"Dengan adanya bukti ini kita boleh beri tekanan politik dan desak siasatan terperinci dibuat terhadap rejim Zionis dan failkan siasatan melalui ICC," katanya.
Dalam perkembangan lain, kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai Misi GSF dijangka pulang ke tanah air hari ini setelah dibebaskan daripada penjara di Israel.
Difahamkan, dua aktivis Malaysia, Ardell Aryana dan Haikal Abdullah dihantar ke sebuah hospital di Istanbul untuk menerima rawatan lanjut semalam.
CENTHRA akan mengambil keterangan semua aktivis Malaysia sebaik mereka pulang ke tanah air berhubung kekejaman rejim Zionis terhadap mereka.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 