Ardell Aryana Dedah Terima Ugutan RM5,000, Nekad Terus Perjuang Suara Palestin

Dia tidak gentar dan akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, mendedahkan dirinya menerima ugutan selepas pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini

Menurut Ardell, ada individu sanggup menawarkan RM5,000 kepada pengurusnya untuk mendapatkan lokasi beliau, namun pelakon itu menegaskan tidak gentar dan akan terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin walaupun menerima tekanan daripada pihak tertentu.

Dalam siaran langsung di TikTok, Ardell berkata semangatnya untuk terus bersuara bagi Palestin tidak akan luntur, malah menyeru orang ramai supaya terus berkongsi maklumat mengenai penderitaan rakyat Gaza.

"Kita berani kerana kita benar," katanya, sambil menambah bahawa kesedaran masyarakat mampu memberi kesan besar terhadap perjuangan kemanusiaan.

Kini sibuk menjaga ibunya yang baru menjalani pembedahan

Image via NSTP

Ardell turut memaklumkan bahawa beliau kini menumpukan perhatian menjaga ibunya yang baru menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes.

"Saya tak aktif di media sosial sebab jaga emak. Alhamdulillah saya dapat uruskan semuanya sendiri," ujarnya sambil menzahirkan kesyukuran atas bantuan dan doa orang ramai yang menyokongnya sejak pulang ke tanah air.

Beliau turut menyatakan rasa terharu dengan sambutan hangat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Oktober lalu, di mana ribuan hadir menyambut kepulangan delegasi GSF Malaysia.

Ardell bersama 22 lagi aktivis termasuk Heliza Helmi, Zizi Kirana dan Farah Lee sebelum ini ditahan sementara oleh tentera Zionis selepas bot misi mereka dipintas, namun semua peserta selamat pulang ke tanah air dengan selamat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: