Arab Saudi, UAE & Qatar Sambut Hari Raya Aidilfitri Esok, 1 Syawal Jatuh 20 Mac

Pengumuman sama turut dibuat oleh Istana Presiden UAE yang memaklumkan bahawa Khamis merupakan hari terakhir bulan Ramadan di negara berkenaan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Islamic Landmarks & Remaja
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar mengesahkan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri akan bermula esok, 20 Mac, selepas proses cerapan anak bulan Syawal dilakukan pada malam Rabu

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Mahkamah Agung Arab Saudi memutuskan bahawa Khamis, 19 Mac adalah hari terakhir Ramadan. Ini bermakna 1 Syawal di negara itu jatuh pada Jumaat, sekali gus menandakan bermulanya Aidilfitri.

Pengumuman sama turut dibuat oleh Istana Presiden UAE yang memaklumkan bahawa Khamis merupakan hari terakhir bulan Ramadan di negara berkenaan.

Keputusan itu dibuat berdasarkan hasil mesyuarat Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan Syawal 1447 Hijrah yang berlangsung di Abu Dhabi.

Walaupun anak bulan Syawal dilaporkan tidak kelihatan pada malam tersebut, pihak berkuasa tetap menetapkan Aidilfitri disambut pada Jumaat mengikut kaedah kiraan yang digunakan

SAYS.com
Image via Petrosains

Dalam masa sama, Jawatankuasa Pencerapan Anak Bulan Qatar di bawah Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam turut mengumumkan keputusan serupa. Mereka menetapkan Khamis sebagai hari ke-30 Ramadan dan Aidilfitri jatuh pada hari berikutnya.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat rasmi yang diadakan di ibu pejabat kementerian tersebut pada malam Rabu bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

Dengan pengumuman tersebut, umat Islam di ketiga-tiga negara Teluk itu bakal menyambut Aidilfitri serentak, menandakan berakhirnya bulan Ramadan dan bermulanya bulan Syawal dengan penuh kegembiraan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: