Arab Saudi Beri Amaran, Pemegang Visa Terkandas Perlu Keluar Sebelum 18 April Atau Berdepan Tindakan
Arahan tersebut bukan hanya terhad kepada satu jenis visa, ia termasuk visa Umrah, visa transit serta visa keluar akhir.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Arab Saudi kini mengeluarkan amaran penting kepada semua pemegang visa yang masih terkandas di negara itu susulan situasi semasa di rantau berkenaan
Menurut laporan BERNAMA, Kementerian Dalam Negeri menegaskan bahawa semua individu terlibat perlu meninggalkan negara itu sebelum 18 April bagi mengelakkan sebarang pelanggaran undang-undang.
Arahan tersebut bukan hanya terhad kepada satu jenis visa sahaja, sebaliknya melibatkan semua visa lawatan termasuk visa Umrah, visa transit serta visa keluar akhir.
Dalam masa sama, kerajaan Arab Saudi turut memberi kelonggaran kepada mereka yang visanya telah tamat tempoh bermula 25 Februari lalu.

Golongan itu diberikan dua pilihan:
- Melanjutkan tempoh tinggal sehingga 18 April dengan bayaran yuran mandatori melalui platform Absher.
- Terus keluar dari Arab Saudi melalui pintu antarabangsa tanpa perlu membayar denda, yuran atau membuat sebarang lanjutan visa.
Namun begitu, pihak berkuasa menegaskan bahawa kelonggaran ini bersifat sementara dan semua pemegang visa yang terjejas perlu mematuhi arahan tersebut sebelum tarikh akhir ditetapkan.
Jika gagal berbuat demikian, mereka berisiko dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang imigresen negara itu.
Situasi tersebut sekali lagi mengingatkan para pelawat dan jemaah supaya sentiasa peka dengan status visa masing-masing, terutama dalam keadaan tidak menentu yang boleh menjejaskan pergerakan antarabangsa secara tiba-tiba.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 