Aquaria KLCC Kini Tawarkan ‘Free Entry’ Mulai 1 Ogos 2025! Tapi Ini Syaratnya
Jangan lupa redeem!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Anda kini boleh masuk secara percuma ke Aquaria KLCC pada bulan kelahiran anda
Ya, betul! Promosi ini bermula Jumaat, 1 Ogos 2025 dan ia tertakluk sepanjang bulan kelahiran anda.
Anda boleh masuk secara percuma pada mana-mana hari dalam bulan kelahiran anda untuk tebus tawaran ini.

Berikut di bawah ialah terma & syarat bagi tawaran tersebut:
- Promosi bermula pada 1 Ogos 2025
- Promosi sah sepanjang bulan hari lahir anda
- Penebusan secara walk-in sahaja (booking secara online tidak dibenarkan)
- Terbuka kepada rakyat Malaysia (MyKad) dan Permanent Residents (pemegang IC merah) sahaja
- Anda diminta beritahu di kaunter tiket dan imbas kod QR yang disediakan
- Hanya sah untuk seorang setiap MyKad atau IC
- Promosi hanya boleh ditebus setahun sekali
- Kanak-kanak di bawah 12 tahun mestilah ditemani dewasa berbayar
- Hanya MyKad atau IC yang sah boleh ditunjuk di kaunter (tidak boleh guna versi fotostat atau screenshot)
Lihat maklumat penuh di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

MOST READ


Cover image via 