Apple The Exchange TRX Raih Pencalonan Anugerah Seni Bina Dunia 2025

Apple The Exchange TRX telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dicalonkan oleh Dezeen Awards.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Wikimedia & Arch Daily
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apple Store bukan sekadar kedai runcit elektronik biasa, ia merupakan lambang inovasi dan gaya hidup moden

Setiap cawangan menampilkan konsep reka bentuk futuristik, minimalis dan kontemporari, dengan ruang terbuka yang luas, dinding kaca yang besar serta pencahayaan semula jadi yang dioptimumkan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa dan interaktif.

Keunikan Apple Store turut terserlah melalui penyesuaian reka bentuk mengikut budaya dan estetika tempatan setiap negara.

Baru-baru ini, Apple The Exchange TRX telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dicalonkan oleh Dezeen Awards, sebuah anugerah tahunan yang menghargai kecemerlangan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, dan reka bentuk produk, sebagai salah satu projek seni bina terunggul dunia bagi tahun 2025.

SAYS.com
Image via Apple

Bersaing dengan empat lagi calon antarabangsa

Apple The Exchange TRX, direka oleh firma seni bina dan reka bentuk antarabangsa Foster + Partners, berjaya disenarai pendek dalam kategori pencahayaan seni bina pada anugerah Dezeen Awards 2025.

Menurut kenyataan Dezeen Awards, Foster + Partners merancang sistem pencahayaan kedai dengan bumbung bertingkat yang memancarkan cahaya hangat pada waktu malam, menarik perhatian pengunjung dan memberi pengalaman visual yang unik kepada kawasan pembangunan.

Apple The Exchange TRX menandakan pembukaan Apple Store pertama di Malaysia, menampilkan reka bentuk yang menghubungkan ruang dalaman atrium utama pusat beli-belah dengan taman di atas bumbung.

SAYS.com
Image via Arch Daily

Rekaan kedai ini juga merangkumi taman tropika yang subur serta kawasan rumput komuniti di aras atas, mencipta suasana hijau dan menyegarkan.

Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dek tinjau di bahagian atas yang bersambung terus dengan taman, membolehkan cahaya semula jadi dan kehijauan menembusi ruang dalaman yang tinggi.

Susun atur ini menghasilkan persekitaran terbuka, tenang dan harmonis, sejajar dengan identiti reka bentuk Apple yang menekankan kesederhanaan dan keselarasan dengan alam semula jadi.

Apple The Exchange TRX mewakili Malaysia sebagai calon tunggal dan bersaing dengan empat projek antarabangsa lain, termasuk Hangzhou Prism oleh BPI, Hermès' Collections di Milan Design Week 2025 oleh L'Observatoire International, Moons oleh Office of Things, dan Aēsop Hainan Lighting Installation oleh Other Matter.

Pemenang bagi Dezeen Awards 2025 dijangka diumumkan pada penghujung November ini di Exhibition White City, London.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: