Aplikasi MAE Maybank Alami Gangguan – “Kami Mohon Maaf Atas Kesilapan Yang Berlaku”
Pihak Maybank kini sedang berusaha memulihkan semua perkhidmatan secepat mungkin.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Maybank hari ini mengesahkan bahawa aplikasi MAE mengalami gangguan teknikal pada pagi Isnin, menyebabkan sebahagian ciri pada aplikasi tersebut tidak dapat diakses buat sementara waktu
Menurut laporan Harian Metro, pihak Maybank berkata, fungsi utama aplikasi itu kini telah dipulihkan dan pelanggan boleh kembali menggunakan kebanyakan perkhidmatan seperti biasa.
Namun, mereka turut menasihati pengguna untuk menggunakan laman web Maybank2u sebagai alternatif sekiranya masih mengalami masalah pada aplikasi.

"Fungsi utama aplikasi MAE kini telah kembali tersedia. Anda juga boleh menggunakan laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi seperti biasa dengan menggunakan SMS TAC," katanya.
Perkhidmatan penting masih berfungsi
Gangguan tersebut telah menjejaskan beberapa ciri seperti pembayaran bil dan pindahan wang tertentu.
Bagaimanapun, perkhidmatan penting seperti semakan baki akaun, pemindahan dana kepada akaun sendiri atau pihak lain, DuitNow, transaksi Scan & Pay dilaporkan masih boleh digunakan sepanjang tempoh gangguan.
Pihak bank memaklumkan bahawa mereka sedang berusaha memulihkan semua perkhidmatan secepat mungkin dan telah mengeluarkan notis dalam aplikasi MAE untuk memaklumkan pengguna mengenai had transaksi sementara yang mungkin dikenakan.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin. Kesabaran anda amat kami hargai," katanya lagi.
Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada saluran rasmi Maybank bagi mendapatkan maklumat terkini serta menggunakan platform perbankan web sehingga semua fungsi aplikasi MAE kembali beroperasi sepenuhnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 