Aplikasi Browser Ini Buat Oyen Halang Korang Daripada Terlalu Lama ‘Scroll’ Media Sosial

Oyen datang membantu kurangkan ketagihan scroll media sosial.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @konekone2026 / X
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu sambungan browser baharu ini akan meletakkan seekor oyen untuk menghalang anda dari terlalu lama scroll media sosial

Aplikasi ini akan memaksa pengguna untuk tidak dapat menggunakan media sosial khas untuk pengguna yang terlalu ketagih untuk scroll media sosial.

Jika scroll terlalu lama, seekor kucing jingga atau oyen akan menghalang anda dari menggunakan media sosial itu.

Digelar Cat Gatekeeper (Kucing Penjaga Pintu), sambungan Chrome ini dibangunkan oleh ZOKUZOKU yang meletakkan satu penjaga masa digital untuk media sosial.

SAYS.com
Image via @konekone2026 / X

Oyen gemuk akan menghalang skrin

Aplikasi ini telah mendapat banyak tarikan di X setelah pembangun itu menunjukkan demo seekor oyen datang dan duduk di hadapan paparan anda.

SAYS.com
Image via @konekone2026

Pengguna boleh meletakkan masa yang mereka mahukan bermula 5 minit sehingga 60 minit.

Setelah had masa telah sampai, oyen akan datang duduk di hadapan skrin anda sehingga masa itu habis (mengikut masa yang ditetapkan anda).

Aplikasi ini hanya akan mengira masa apabila anda aktif berada di hadapan media sosial. Jika tab keluar atau ke aplikasi lain, had masa tidak akan menurun.

Setakat ini hanya X (Twitter), YouTube, Facebook, Reddit, Threads dan Bluesky tersenarai untuk dihalang oleh oyen.

Pembangun juga mengesyorkan bahawa tiada data akan dikumpul atau dihantar untuk keselamatan pengguna.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: