Apa Yang Berlaku Di Langit Februari 2026? Ini Panduan Astronomi & Hilal Ramadan

Tahukah anda, Februari ini sarat dengan keindahan kosmik.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memasuki bulan Februari 2026, suasana kian terasa syahdu apabila keindahan hamparan langit seakan bercerita mengenai keagungan pencipta

Ia sekali gus menjadi petanda awal ketibaan bulan Ramadan yang dinanti-nantikan.

Sepanjang bulan ini, para peminat astronomi dan pencinta alam bakal disajikan dengan pelbagai fenomena langit yang memukau, bermula dengan kehadiran Bulan Penuh serta fenomena Pasang Besar pada 2 Februari, yang kemudiannya disusuli dengan fasa Sukuan Akhir pada 9 Februari.

Keajaiban angkasa terus berlarutan apabila planet-planet dijadualkan bertemu dalam satu tarian kosmik yang jarang berlaku antara 19 hingga 21 Februari, sebelum kemuncaknya pada 25 Februari apabila Bulan berada di kedudukan Perigee.

Pada waktu tersebut, satelit semula jadi bumi itu akan kelihatan sedikit lebih besar dan lebih terang daripada biasa, seolah-olah menyuluh jalan buat umat Islam yang sedang melakukan persiapan terakhir bagi menyambut bulan mulia.

Transformasi langit pada bulan ini bukan sekadar tontonan visual, malah menjadi momen terbaik untuk kita bermuhasabah melihat keindahan alam sebelum melangkah ke gerbang Ramadan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Unsplash

2 Februari (bulan penuh fasa purnama)

Bulan penuh fasa purnama.

Bulan mencapai fasa purnama sepenuhnya pada jam 6.09 pagi.

9 Februari (bulan sukuan akhir)

Bulan sukuan akhir pada 8.43 malam.

17 Februari

Bulan baru.

Cerapan hilal Ramadan 1447H di 29 tapak cerapan rasmi di seluruh Malaysia. Mula mencerap selepas Maghrib 8.01 malam.

19 Februari

Elongasi maksimum utaris.

Berada 18 darjah dari matahari, memudahkan urusan cerapan langit.

20 hingga 21 Februari

Pertemuan Zuhal dan Neptun.

Berada pada jarak sudut yang sangat dekat iaitu 0.8 darjah.

24 Februari

Bulan sukuan awal.

25 Februari

Bulan Perigee.

Kedudukan bulan paling hampir dengan Bumi (363,306 KM) dalam buruj Taurus.

Sumber: JAKIM

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik