Apa Yang Berkuat Kuasa Bermula 1 Julai? Ini Perkara Yang Anda Kena Tahu

Kerajaan turut menguatkuasa tiga pindaan utama kepada peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berkuat kuasa hari ini, seramai lebih 23.6 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia akan mula menikmati kadar tarif elektrik yang lebih adil dan bersifat progresif

Ia susulan susulan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu oleh pihak berkuasa.

Langkah ini dilihat sebagai usaha untuk menyusun semula struktur tarif secara lebih seimbang, agar pengguna membayar kadar yang setimpal mengikut jumlah penggunaan sebenar.

Pelarasan tarif tersebut turut melibatkan perubahan kategori pengguna yang kini dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu pengguna domestik dan bukan domestik, bergantung kepada jenis penggunaan voltan rendah, sederhana atau tinggi.

Menurut kenyataan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST), pelarasan kadar purata tarif asas ini ditentukan berdasarkan anggaran kos pembekalan elektrik bagi tempoh Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4).

Kadar baharu telah ditetapkan pada 45.40 sen/kWj, sedikit lebih rendah berbanding 45.62 sen/kWj yang diluluskan pada Disember 2024.

Secara keseluruhan, ini menjadikan purata kos tarif elektrik berkurang sehingga 19% berbanding tempoh RP3 sebelum ini.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Tiga pindaan utama SST

Menerusi laporan Harian Metro, kerajaan turut menguatkuasakan tiga pindaan utama kepada peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menurut kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan (MOF), terdapat tiga pindaan utama dalam pelaksanaan semula sistem SST kali ini, termasuk beberapa penyesuaian yang dijangka memberi kesan langsung kepada pengguna dan sektor perniagaan.

Pertama, kerajaan memutuskan untuk mengecualikan cukai jualan ke atas beberapa buah-buahan import terpilih seperti epal, oren, limau mandarin dan kurma.

Langkah ini bertujuan meringankan beban pengguna yang kerap membeli buah-buahan tersebut sebagai sebahagian daripada keperluan harian.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Kedua, terdapat kenaikan ambang jualan tahunan yang mewajibkan pendaftaran bagi tujuan cukai perkhidmatan. Ini bermakna hanya penyedia perkhidmatan yang capai jumlah jualan tertentu perlu mendaftar, sekali gus memberi ruang perniagaan kecil beroperasi tanpa tekanan cukai tambahan.

Ketiga, kerajaan turut membatalkan cadangan untuk meluaskan cukai perkhidmatan kepada sektor kecantikan satu langkah yang disambut baik terutamanya oleh pengusaha salon dan pengguna tetap servis kecantikan harian.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Men's Beauty Topics

Untuk perkhidmatan kewangan pula, SST sebanyak 8% akan dikenakan, namun hanya terpakai kepada perkhidmatan khusus dalam sektor perbankan bukan perkhidmatan asas yang digunakan orang ramai setiap hari.

Jadi jangan risau, akaun simpanan, akaun semasa, e-dompet dan urus niaga asas seperti bayaran bil dan pemindahan wang tidak dikenakan cukai.

Fasa 1 peluasan skop cukai perkhidmatan ini akan berkuat kuasa esok, dan hanya melibatkan perkhidmatan kewangan peringkat korporat, pelaburan dan perbendaharaan seperti yang diperincikan dalam Lampiran A panduan cukai perkhidmatan berkaitan sektor kewangan.

Tali keledar bas ekspres

Mulai hari ini, semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan, selaras dengan peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pemandu bertanggungjawab memastikan semua penumpang mematuhi peraturan ini, dan mana-mana individu yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.

Peraturan ini akan dikuatkuasakan serta-merta ke atas semua bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tarikh tersebut akan diberikan tempoh tertentu untuk melengkapkan pemasangan tali pinggang keledar.

Permit masuk kenderaan Singapura

Dalam pada itu, mulai hari ini, kerajaan mula menguatkuasakan sepenuhnya Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura, sebagai sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan keselamatan dan kawalan trafik rentas sempadan.

Di bawah peraturan baharu ini, mana-mana kenderaan persendirian dari Singapura yang masuk ke Malaysia tanpa VEP yang sah akan dikenakan denda sebanyak RM300.

Paling penting, denda itu wajib dijelaskan sebelum meninggalkan negara. Jika tidak, kenderaan terbabit boleh disekat keluar di pintu sempadan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik