Apa Punca Sebenar Kesesakan Luar Biasa Yang Berlaku Lembah Klang Minggu Ini?

Netizen bingung kesesakan lebih teruk dari biasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via snrnm_(Threads) & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Minggu ini Lembah Klang menghadapi satu kesesakan lalu lintas luar biasa sejak Isnin lalu

Ramai orang merasakan situasi ini lebih buruk daripada biasa dan bagi kebanyakan laluan utama di Lembah Klang lebih banyak kenderaan dari kebiasaan.

Untuk diri saya sendiri perjalanan pergi dan pulang menjadi lebih lama dari biasa. Perjalanan saya bermula dari Damansara ke Bangsar. Semalam sahaja, ketika perjalanan pagi masa yang selalunya hanya memerlukan 30-40 minit menjadi 1 jam atau lebih. Disangka petang lebih elok, tetapi saya mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke rumah.

Netizen di serata media sosial juga bingung dengan kesesakan lalu lintas ini dan ramai mengatakan perjalanan pergi atau pulang dari kerja boleh menjadi lebih dari 2 jam.

Ramai menyangka kesesakan ini hanya berlaku di sebelah pagi atau petang sahaja, tetapi realitinya dua-dua masa kemuncak ini tetap sama teruknya.

Banyak spekulasi juga muncul mengenai punca kesesakan luar biasa ini. Kesesakan sebegini mempunyai banyak faktor dan punca dan tidak semestinya hanya satu sebab sahaja.

Apa punca sebenar kesesakan luar biasa minggu ini?

1.Cuti Tahun Baharu Cina, awal Ramadan dan cuti sekolah

SAYS.com
Image via Kosmo

Ramai bersetuju Cuti Tahun Baru Cina yang bakal disambut adalah antara faktor utama. Ramai ingin memastikan pelbagai urusan mereka selesai sebelum bercuti panjang.

Ditambah pula dengan bulan puasa yang juga jatuh pada hari yang sama menjadikan semua orang sedang bersedia melakukan persiapan seperti membeli barang keperluan dan sebagainya.

Seperti biasa rakyat Malaysia selalunya akan menggunakan cuti mereka sepenuhnya tanpa mengira perayaan apa pun.

2.Majikan menarik balik kemudahan 'work from home'

SAYS.com
Image via Utusan

Difahamkan, beberapa pejabat telah menarik balik fleksibiliti untuk bekerja dari rumah dan menyebabkan peningkatan kenderaan di atas jalan raya.

Terdapat juga beberapa majikan yang berasa bekerja dari rumah adalah tidak efektif.

Perkara sebegini tidak pelik dan selalunya mengikut industri perkerjaan seseorang itu.

3. Waktu solat yang bermula lambat

SAYS.com
Image via E-Solat

Waktu solat Subuh pada 6:20 pagi juga boleh menjadi kesesakan lalu lintas di sebelah pagi apabila mereka yang keluar bekerja bertembung dengan mereka yang keluar selepas jam 7 pagi.

Asar yang bermula pada 4:49 membuatkan ramai orang Muslim bersolat dahulu sebelum memulakan perjalanan balik sekaligus bertembung lagi dengan mereka yang pulang pada pukul 5 petang.

Disebabkan jumlah kenderaan lebih tinggi mereka yang pulang pukul 5 petang akan bertembung dengan mereka yang pulang bekerja pada pukul 6 petang.

4. Cuaca tidak menentu

SAYS.com
Image via Harian Metro

Menurut ramalan cuaca dari METMalaysia, beberapa tempat di Lembah Klang dijangka hujan pada sebelah pagi dan petang.

Cuaca yang tidak menentu ini menyebabkan peningkatan penggunaan kenderaan empat roda berbanding motosikal, sekaligus menambah jumlah kenderaan di jalan raya.

Menurut laporan dari Sinar Harian, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata antara punca peningkatan pergerakan orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina dimana orang ramai mengambil kesempatan untuk keluar membeli-belah dan juga cuaca yang tidak menentu.

Selain itu menurut laporan di New Straits Times, kesesakan lalu lintas ini telah merugikan Malaysia sebanyak RM54 juta sehari.

Semua orang dinasihatkan untuk merancang perjalnan lebih awal, mematuhi peraturan lalu lintas, menggunakan pengangkutan awam dan bekerja dari rumah jika boleh.

Nyatakan pendapat anda, apa lagi punca sebenar kesesakan lalu lintas ini?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: