Anthony Loke Umum Perkhidmatan Awam LRT3 Dijangka Beroperasi Pada 31 Disember Ini
Difahamkan, projek ini dalam fasa ujian akhir.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitar dijangka beroperasi pada 31 Disember
Menurut lapora di Berita Harian, kenyataan ini telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Beliau mengatakan projek itu dalam fasa terakhir dan pentauliahan untuk menjamin kemampuan sistem berfungsi dengan baik dan juga keselamatan.
"Kementerian bersama Prasarana Malaysia Berhad dan pihak berkuasa berkaitan sedang memberikan keutamaan penuh kepada aspek keselamatan, kebolehpercayaan operasi dan pematuhan teknikal, sebelum tarikh pembukaan dapat disahkan secara muktamad." katanya.
Tarikh pembukaan tertakluk kepada hasil ujian
"Hal ini (tarikh pembukaan) sangat tertakluk kepada hasil ujian kita kerana dalam perkhidmatan rel, satu daripada perkara yang sangat penting adalah ujian terakhir yang dilaksanakan termasuk fault-free run (FFR) untuk memastikan apabila dibuka nanti, tidak berlaku apa-apa gangguan teknikal dan sebagainya," tambah beliau lagi.

Sebagai persediaan operasi, LRT3, Rapin Rail Sdn Bhd telah melantik 956 pekerja dari pelbagai ketegori petugas seperti pasukan operasi, teknikal, kejuruteraan dan sokongan.lrt
Kenyataan ini telah dibuat oleh Anthony Loke ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat semalam.
LRT3 akan menyambung laluan dari bermula dari Johan Setia, Klang, Shah Alam sehingga ke Bandar Utama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 