Anna Jobling Wakili Malaysia, Tercalon Dalam Kategori Berprestij Di Seoul Drama Awards 2025
All the best, Anna!

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon popular, Anna Jobling, 25, mencipta sejarah peribadi apabila tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul (SDA) 2025 yang akan berlangsung Oktober ini
Menurut laporan Harian Metro, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, menerima pencalonan berprestij itu menerusi lakonannya dalam drama slot Akasia TV3 berjudul 'Hai Cinta, Dengarkanlah'.
Menurut Anna, kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan keluarga, pasukan produksi, dan peminat yang sentiasa menjadi sumber inspirasinya.
"Saya benar-benar terkejut dan terharu dengan pencalonan ini. Ia satu penghormatan besar bukan sahaja untuk saya, tetapi juga untuk seluruh pasukan produksi Hai Cinta, Dengarkanlah.
"Sokongan daripada keluarga, rakan-rakan sepasukan dan peminat sentiasa menjadi sumber inspirasi saya. Saya berharap dapat membawa pulang kemenangan ini untuk Malaysia," katanya.

SDA 2025 akan berlangsung pada 2 Oktober di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan
Acara berprestij itu menghimpunkan bakat-bakat hebat dari seluruh Asia.
Dalam kategori tersebut, Anna bakal berentap dengan bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan negara Asia lain. Pemenang akan ditentukan sepenuhnya melalui undian global menerusi aplikasi IDOL CHAMP.
Sebagai rekod, Malaysia turut mencatat kejayaan tahun lalu apabila pelakon Siti Saleha berjaya merangkul trofi dalam kategori sama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



