Anna Jobling Harumkan Nama Malaysia, Rangkul Gelaran ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul Drama Awards 2025
Anna berazam untuk menjadi inspirasi kepada generasi baharu pelakon Malaysia agar berani bermimpi besar dan melangkah lebih jauh.
Cover image via TV3 MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malam penuh bersejarah terpahat buat Anna Jobling apabila beliau dinobatkan sebagai penerima trofi Outstanding Asian Star – Malaysia pada pentas gemilang Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan
Anugerah berprestij itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV, menambah lagi makna kepada kejayaan membanggakan tersebut.
Kemenangan ini menjadi bukti nyata kehebatan serta keupayaan Anna Jobling sebagai pelakon muda berbakat besar.
Beliau bukan sahaja berjaya memikat hati penonton tempatan melalui lakonannya yang berkesan dalam drama Hai Cinta, Dengarkanlah!, malah turut menawan perhatian peminat di peringkat antarabangsa.
Dengan pengiktirafan ini, Anna kini berdiri sebaris dengan bintang-bintang Asia lain di pentas global, sekali gus mengangkat namanya menerusi Seoul International Drama Awards (SDA) yang dianggap antara anugerah drama paling berprestij di dunia.


Kejayaan buka lembaran baharu untuk terus mengorak langkah ke peringkat antarabangsa
Dalam pada itu, Anna turut meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokongnya tanpa henti.
"Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada Seoul International Drama Awards kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.
Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk seluruh peminat, keluarga, serta pasukan produksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan seni saya. Trofi ini adalah kebanggaan bersama, hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia," katanya.


Sempena kemenangan bersejarah Anna Jobling di Seoul International Drama Awards 2025, Tonton meraikannya dengan melancarkan kod promo eksklusif "ANNAJOBLING", membolehkan peminat menikmati langganan 3 bulan hanya pada harga RM20 bermula 25 September 2025.
Melalui langganan ini, peminat bukan sahaja boleh menonton drama eksklusif dan filem terbaik, malah berpeluang menyaksikan Hai Cinta, Dengarkanlah! dalam koleksi khas "Koleksi Pujaan Hati" bersama drama popular Anna seperti Melur Untuk Firdaus, Terima Kasih Cinta dan Bella – Bila Cinta Bersatu.
Kejayaan ini membuka lembaran baharu buat Anna yang terus melangkah ke peringkat antarabangsa selepas mencipta nama di tanah air.
Sebagai bintang muda yang sedang bersinar, Anna berazam menjadi inspirasi kepada generasi baharu pelakon Malaysia, sekali gus membuktikan bahawa dunia seni tanah air kini semakin mendapat tempat di pentas global.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



