Anna Jobling Hanya Benarkan Ibunya Dekat Dalam Jarak 100 Meter, Dakwa Mental Terseksa Sebab Dipukul?
Semoga urusan Anna dan ibunya dapat diselesaikan dengan baik.
Cover image via @mamajobling (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ibu kepada pelakon popular, Anna Jobling iaitu Ariz Arop mengakui sudah hilang sabar dengan sikap anak perempuannya itu
Dia turut mendedahkan pernah menerima perintah injuksi pada Disember tahun lalu yang menghalangnya daripada bertemu Anna dalam jarak kurang daripada 100 meter.
Menurut Ariz, menerusi perbincangan antara peguamnya dan peguam Anna, injuksi tersebut kini sudah terbatal. Namun, ia masih terikat dengan beberapa perintah lain yang perlu dipatuhi.
Terbaharu, Ariz membuat laporan polis selepas tangannya bengkak akibat menumbuk cermin kereta selepas berselisih faham dengan anaknya itu.


"Dia kata mental terseksa, saya hanya mahu mengajar" – Ariz
Ariz mendakwa, sebelum ini Anna menghantar injuksi kerana tidak tahan dipukul dan mendakwa mengalami tekanan mental.
"Sebelum ini dia hantar injuksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mental terseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injuksi kononnya kena mental torture," katanya.
Ariz juga berkata bahawa kini dia tidak lagi dibenarkan mencampuri sebarang urusan kerja Anna, termasuk memilih tawaran kerjanya.
Dia menambah, walaupun sehabis baik cuba untuk tidak membuka aib anak sendiri, kejadian pada Ahad lalu membuatkannya terkilan.
"Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut.
"Dia ingat bila dia bagi duit dia boleh layan saya macam ni. Dah macam anjing kurap dah. Dia punya hina tu sampai panggil lawyer keluarkan dia dari kereta macam saya nak bunuh dia," katanya.
Sementara itu, setakat ini Anna masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai salah faham yang berlaku dengan ibunya itu.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



