Anjing Disyaki Didera Secara Kejam, Kulit Disiat Hidup-Hidup Oleh Pelaku
Kejam sungguh!
Cover image via Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian menyayat hati melibatkan seekor anjing yang dipercayai didera sehingga kulit badannya disiat hidup-hidup di tepi Jalan PK 18, Kawasan Perindustrian Krubong, Melaka baru-baru ini
Menurut laporan Kosmo!, klip berdurasi 20 saat mengenai keadaan haiwan malang itu turut dikongsikan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) di Facebook pada 17 Ogos lalu, sekali gus mengundang rasa marah dan simpati warganet.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, laporan dibuat oleh seorang saksi awam bersama wakil NGO haiwan pada jam 2.43 petang semalam.

Hasil pemeriksaan doktor veterinar mendapati kecederaan yang dialami anjing itu terlalu kritikal sehingga haiwan berkenaan terpaksa ditidurkan (eutanisia) bagi mengelak penderitaan berpanjangan
"Pengadu iaitu seorang saksi awam memberitahu dia menemui anjing berkenaan dua hari lalu dalam keadaan leher dan bahagian badan belakangnya disiat kulit dipercayai akibat didera.
"Dia yang biasa memberi makan anjing jalanan di kawasan tersebut bertindak menghantar haiwan itu ke klinik veterinar untuk rawatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015. Orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Risal Kiraman di talian 013-7702523," katanya.
Lihat hantaran penuh di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



