Animasi Popular Di Malaysia Titip Doa Buat Indonesia – “Semoga Kembali Aman, Damai & Sejahtera”

Semoga Indonesia baik-baik saja.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Gelombang demonstrasi yang sedang berlaku di pelbagai wilayah Indonesia kini menjadi perhatian rakyat Malaysia

Semuanya bermula dengan protes rakyat terhadap kenaikan elaun harian, perumahan, dan gaji ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Situasi itu semakin tegang apabila tular sebuah video yang memaparkan anggota dewan menari, sekali gus dianggap tidak peka dengan penderitaan rakyat yang sedang berdepan krisis kewangan.

SAYS.com
Image via Wikipedia

Animasi tempatan popular Malaysia turut titip doa

Melihat keadaan yang membimbangkan itu, ramai rakyat Malaysia tampil memberikan sokongan moral kepada masyarakat Indonesia.

Ada yang menghulurkan bantuan makanan, dan tidak kurang juga yang berkongsi kata-kata semangat melalui media sosial.

Malah, animasi tempatan popular Malaysia turut menyampaikan doa dan harapan agar Indonesia segera pulih. Antaranya adalah Upin Ipin, Papa Zola, Boboiboy dan Ejen Ali.

SAYS.com
Image via @upinipinofficial (Instagram)
SAYS.com
Image via @boboiboy (Instagram)
SAYS.com
Image via Ejen Ali (Facebook)
SAYS.com
Image via @papapipizola (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik