Animasi Indonesia ‘Merah Putih’ Jadi Bahan Ketawa Rakyatnya, Jadi Perbandingan Dengan Upin & Ipin
Indonesia juga mempunyai beberapa animasi popular seperti filem Jumbo yang mendapat kutipan tinggi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Netizen Indonesia baru-baru ini hangat membincangkan filem animasi terbaharu mereka, Merah Putih: One For All, yang dikatakan hampir sama dengan siri animasi popular Upin & Ipin yang mana karakter dan jalan ceritanya berkisarkan kanak-kanak
Filem berlatarkan tema kebangsaan itu dijadualkan tayang serentak di seluruh negara pada 14 Ogos, sekali gus menjadi karya animasi tempatan pertama yang mengangkat semangat patriotik secara penuh.
Namun, bukannya menerima pujian, animasi itu sebaliknya menjadi sasaran kritikan pedas dalam kalangan rakyat Indonesia.
Lihat trailer di bawah:
Ramai luahkan rasa kecewa dengan hasil animasi tersebut
Sebahagian netizen Indonesia berpendapat Merah Putih: One For All bukanlah karya generasi muda, sebaliknya dihasilkan oleh golongan lebih berusia yang didakwa kurang memahami selok-belok industri animasi moden.
"Mereka kata ini hasil kerja anak muda, tapi sebenarnya orang lama yang buat," komen seorang pengguna media sosial.
Tidak kurang juga yang membuat perbandingan antara karya tersebut dengan animasi popular Malaysia, Upin & Ipin.

Berlatar suasana kampung yang meriah menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, Merah Putih: One For All mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang dipilih membentuk pasukan khas bagi melindungi bendera kebangsaan sebelum ia dikibarkan pada upacara 17 Ogos.
Namun, sebelum majlis bermula, bendera keramat itu dilaporkan hilang secara misteri.
Demi memastikan ia kembali ke tempat asal, sekumpulan kanak-kanak daripada pelbagai latar budaya berganding bahu memulakan misi penuh cabaran.
Sepanjang perjalanan, mereka perlu mengenepikan perbezaan dan menempuh rintangan demi memastikan bendera tersebut dapat dikibarkan semula.
Sementara itu, ada juga rakyat Malaysia yang faham akan mengapa rakyat Indonesia lebih gemar menonton animasi Upin & Ipin dan animasi dari Malaysia yang lain.

Lihat antara komen-komen di bawah:



Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 