Anda Akan Disaman, Diarah Pulang & Dilarang Masuk ke Singapura Jika Tertangkap Menghisap Vape
Pesalah kali pertama bawah 18 tahun akan didenda S$500 (RM1,642)
Cover image via The Sun MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semua rakyat Malaysia dan warga asing boleh diarah pulang dan tidak dibenarkan masuk ke Singapura jika ditangkap menghisap vape
Menerusi laporan New Straits Times, undang-undang Singapura untuk mengekang vape ini akan bermula pada 1 September.
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri Singapura mengumumkan semua warga asing yang dijumpai mempunyai rokok elektronik akan disaman dan peranti tersebut akan dirampas.
Pelaku yang membuat kesalahan lebih dari sekali akan didenda dengan saman yang lebih tinggi.

Bagi pemilik Pas Lawatan Jangka Pendek yang tertangkap, mereka akan dihalang daripada memasuki Singapura semula.
Ini juga termasuk untuk pemegang Pas Jangka Masa Panjang seperti Pas Pekerja, Pas S, Permit Bekerja, Pas Pelajar, Pas Tanggungan atau Pas Lawatan Jangka Masa Panjang.
Bagi kesalahan ketiga, pas mereka akan dibatalkan, dihantar pulang, dan tidak dibenarkan lagi masuk ke Singapura.
Tindakan keras ini juga diwujudkan untuk mengekang vape yang mempunyai etomidate.
Etomidate ialah satu agen yang bertindak dalam masa singkat yang digunakan sebagai ubat penenang.
Di Malaysia, etomidate kini berada di bawah Akta Racun 1952 dalam kategori B dan hanya dibenarkan untuk kegunaan klinikal sahaja.
Warga asing yang dikesan mempunyai agen ini di dalam badan mereka akan dihantar pulang dan diharamkan daripada memasuki Singapura.

Menurut Ong Ye Kung Menteri Kesihatan Singapura, satu tong sampah khas untuk membuang rokok elektronik akan diletakkan di Lapangan Terbang Changi untuk penumpang yang sampai atau transit di Singapura.
K.Shanmugam Menteri Dalam Negeri berkata kelonggaran akan diberikan kepada pelaku kali pertama tetapi tidak untuk pelaku yang membuat kesalahan ini lebih dari sekali.
Pelaku kali pertama dibawah 18 tahun akan didenda sebanyak S$500 (RM1,642) manakala orang dewasa akan didenda sebanyak S$700 (RM2,300).
Buat rakyat Malaysia yang akan transit atau pergi ke Singapura anda perlu memastikan vape milik anda dibuang ke dalam tong sampah khas yang disediakan.


