Anas Zahrin Sumbang RM50,000 Buat Rakyat Palestin Sempena 1 Juta Lipmatte ANAS Cosmetics Terjual
Anas turut menyeru mana-mana usahawan atau pemilik jenama produk lain turut mengambil langkah sama membantu mereka memerlukan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nama pengasas produk jenama ANAS Cosmetics, Anas Zahrin tidak perlu diperkenalkan lagi
Malah sikap pemurah pempengaruh dan personaliti media sosial itu juga bukan perkara asing.
Memiliki pengikut yang ramai di media sosial termasuk di TikTok (3.6 juta) dan Instagram (834,000), usaha dan sikap caknanya membantu mereka yang dalam kesusahan tak kira di dalam dan luar negara juga cukup menginspirasikan.
Terbaru, seiring dengan ledakan gelombang Global Sumud Flotilla yang tular, Anas turut terpanggil lagi membantu rakyat Palestin di Gaza dengan menyerahkan sumbangan cek RM50,000 menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, hari ini (6 Oktober 2025).
Ia juga serentak dengan kejayaan mega jualan lipmatte jenamanya yang berjaya terjual 1 juta di platform beli belah terkenal TikTok.

Gambar resit sumbangan RM50,000 dari ANAS Cosmetics disalurkan ke Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Image via @anaszahrin (Threads)"Secara peribadi pun saya pernah sumbangkan kepada rakyat Gaza. Jadi kali ini ia jadi lebih bermakna kerana ia dibuat atas jenama, ANAS Cosmetics dan tentunya pembeli dan peminat jenama kami.
"Bererti jumlah sumbangan RM50,000 ini juga datangnya merangkumi hasil daripada pembelian lipmatte mereka," kongsinya.
Tambah Anas lagi, beliau merakamkan penghargaan buat para pelanggannya yang tak henti henti support ANAS Cosmetics.
"Tak kisahlah lipmatte atau apa sahaja barang ANAS, terima kasih sangat sangat. Saya tidak sekuat mereka untuk belayar bersama, tidaklah sehebat mereka untuk berjuang ke bumi gaza tapi ini sahaja yang termampu dari saya.
"Semoga Allah mewahkan rezeki ANAS lebih lagi agar dapat memberi manfaat kepada umat islam dan mereka yang memerlukan. Terima kasih kerana support ANAS, sumbangan ini pun hasil dari support kalian juga," ujarnya di Threads.

Paparan skrin menunjukkan 1 juta lipmatte terjual di TikTok Shop.
Image via @anaszahrin (Threads)Seru mana-mana usahawan atau pemilik jenama produk lain turut mengambil langkah sama membantu mereka memerlukan
Pemenang TikTok Shop Creator Of The Year. Anugerah TikTok MY 2023 itu berkata, usaha berkenaan tidak akan terhenti di situ saja.
"Sumbangan berkenaan juga sebagai satu usaha menghargai penyokong jenama kosmetik kami. Ia umpama 'give back' atau misi memberi kembali kepada yang memerlukan.
"Insya-Allah bulan seterusnya, usaha murni ini berkemungkinan diteruskan serta disalurkan menerusi perbadanan kebajikan dan kemanusiaan lain.
"Barangkali boleh disalurkan ke Yayasan Nurjiwa milik Datuk Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya. Tentunya bantuan saya untuk mereka di dalam negara juga akan diimbangi," katanya.

Anas mencipta kejayaan manis dinobatkan pemenang TikTok Shop Creator Of The Year, Anugerah TikTok MY 2023.
Image via @anaszahrin (Threads)Dalam pada itu, Anas atau nama sebenarnya, Mohamad Anas Zahrin Atan juga menyeru mana-mana usahawan atau pemilik jenama produk lain turut mengambil langkah sama membantu mereka memerlukan.
"Saya pasti, usaha dan cetusan ini seharusnya dipanjangkan juga kepada 'founder' produk yang lain. Saya yakin, golongan berniaga seperti kami ini bukan tidak cakna.
"Tapi apabila ada hal sebegini yang diwar-warkan, Insya-Allah akan ada yang ambil inisiatif melakukan perkara sama. Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan itu, ia akan jadi bermakna buat mereka termasuklah rakyat Palestin," ujarnya.
Untuk rekod, jenama ANAS Cosmetics mula dilancarkan pada Ogos 2017 dan terus berkembang maju hingga kini.
Malah, setiap perkongsian, ciapan, atau muat naik Anas di laman sosial termasuk di Thread akan mencuri perhatian dan diungkap semula.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 