Anak Terjebak Rokok & Dadah Lepas Tertekan Jadi Mangsa Buli – “Dari Budak Baik Terus Berubah Jadi Jahat”
Tolonglah jangan ambil remeh kes buli ni.
Cover image via @tvalhijrah114 (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa menerusi panggilan yang dibuat kepada TV Alhijrah baru-baru ini berkenaan perangai anaknya berubah menjadi jahat gara-gara dibuli di sebuah sekolah asrama penuh
Menerusi video yang dimuat naik di akaun @tvalhijrah114 di Instagram, wanita tersebut menceritakan realiti kes buli berlaku sehingga membuatkan anaknya yang pada awalnya budak baik di sekolah berubah menjadi seorang budak jahat.
"Saya nak bagitahu yang buli ni memang terjadi tau. Dia bukannya satu dongeng atau pun angan-angan. No! Yang selalu kata tak ada kejadian buli, actually it happen.
"Kesan dia sampai sekarang anak saya spoil tau. Dia tak nak jadi baik. Dia balik rumah dia cabut tali leher pengawas dia tu lepas tu dia kata nak jumpa cikgu dan resign jadi pengawas," katanya.
Menurut wanita itu juga, dia sudah cuba pelbagai cara untuk pulihkan semangat anaknya itu

"Saya pelik apa yang terjadi, lepas tu dia masuk geng budak-budak jahat. Dia try rokok, sebab dia kata geng-geng jahat yang support dia. Dia terjebak dengan dadah.
"Saya cakap terang-terang ya, ia mengambil masa bertahun untuk saya repair dia. Saya dah try pergi Darul Syifa, saya pergi Darul Salam, saya kuatkan semangat dia, saya pujuk dia baca Yasin dan macam-macam lagi," katanya.
Apa yang membuatkannya bertambah geram, walaupun aduan dibuat kepada pihak sekolah, namun ia tidak dilayan
"Masa kita buat complaint, tak dilayan. Baik pengetua, baik cikgu disiplin buat tak tahu je. Asrama penuh pun berlaku buli juga.
"Daripada anak yang baik tak pernah tinggal sembahyang, dia totally change. Dia tukar jadi jahat sejahat-jahatnya," katanya lagi.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



