Anak Sulung Luah Rasa Sedih Diketepikan 9 Beradik -“Mereka Buat Group Special Tanpa Saya”
Sampai hati adik-beradik dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjadi anak sulung bukanlah satu peranan yang mudah, apatah lagi apabila perlu memikul tanggungjawab besar sejak usia muda
Itulah luahan seorang individu yang dikenali sebagai Siti apabila berkongsi kisah hidupnya menerusi satu panggilan di radio Kool FM, baru-baru ini.
Menurut Siti, dia berasa sangat kecewa apabila mendakwa pengorbanannya selama ini seolah-olah tidak dihargai oleh adik-beradik sendiri, terutama ketika dia diuji dengan masalah kewangan

Gambar sekadar hiasan.
Image via Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia"Saya anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Jarak memang dekat, selang setahun. Kami 7 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Tanggungjawab itu memang sangat terasa. Sebab ibu bapa saya kerja dan nak upah pengasuh mahal.
"Masa saya tingkatan 1, saya kena jaga tiga orang adik. Bila meningkat usia, apa-apa tolak pada saya. Di usia 30an ini saya diuji dengan masalah kewangan. Bila senang, mereka cari saya. Tapi bila saya susah, rasa susah sangat nak dapatkan bantuan. Paling saya terasa apabila mereka ada group istimewa tanpa saya," luahnya.
Tambahnya lagi, situasi itu memberi kesan besar terhadap emosi dan kesihatan mentalnya sebagai seorang anak sulung yang selama ini banyak berkorban untuk keluarga
Susulan pengalaman pahit tersebut, Siti mengambil keputusan untuk lebih mengutamakan diri sendiri demi kesejahteraan emosi dan kehidupan yang lebih tenang.
"Sekarang ini saya ambil keputusan untuk hanya menjaga emosi saya. Saya dah tak fikir tentang disisihkan. Bila ibu bapa tanya keadaan saya, baru saya jawab," katanya lagi.
Perkongsian itu ternyata menyentuh hati ramai pendengar dan membuka mata tentang tekanan yang sering ditanggung oleh anak sulung, yang bukan sahaja berperanan sebagai kakak atau abang, malah seakan-akan menjadi 'ibu kedua' dalam keluarga sejak kecil.
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 