Anak Sulung Amyza Aznan Kritikal, Rayu Bantuan Perubatan Alternatif – “Doktor Minta Kami Bersedia…”

Allahuakbar, semoga Amyza dan keluarga kuat hadapi ujian ini.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon terkenal, Amyza Aznan berdepan detik paling mencemaskan dalam hidupnya apabila anak sulungnya, Andre Mikhail dilaporkan semakin kritikal akibat kanser paru-paru

Menurut laporan Kosmo!, menerusi beberapa hantaran InstaStory, Amyza, 51, memohon doa seluruh rakyat Malaysia agar diberikan keajaiban buat anak tercintanya yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Pelakon drama Bawah Payung Awan itu turut mencari mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif untuk membantu menyelamatkan nyawa Andre.

"Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai, tolong ikhtiar dengan mungkin apa sahaja perubatan.

"Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh, saya perlu bantuan anda sekarang. Tolong!"
rayunya.

Lebih menyayat hati, Amyza turut mendedahkan bahawa pihak doktor telah meminta ahli keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan

"Doktor suruh keluarga bersedia. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital," katanya lagi.

Untuk rekod, tahun lalu Amyza mengesahkan Andre, 20, menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Ujian tidak terhenti di situ apabila pada Ramadan pertama baru-baru ini, anak keduanya, Adrian Adam turut disahkan menghidap kanser tulang.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat buat Amyza sekeluarga agar terus kuat menghadapi dugaan berat itu.

SAYS.com

Lihat video di bawah:

Instagram will load in the frontend.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik