Anak Robert Kuok Kini CEO Shangri-La Asia, Gaji Cecah RM312,000 Sebulan!
Difahamkan, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu sejak Jun 2016 dan dilantik sebagai Pengerusi pada Januari 2017.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau sebut nama Robert Kuok, mesti ramai tahu beliau merupakan antara individu yang terkaya di Malaysia
Terbaharu, anak perempuannya, Kuok Hui Kwong, diumumkan sebagai CEO baru Shangri-La Asia. Menurut laporan Berita Harian, pelantikan itu akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.
Kuok Hui Kwong, 47, bukanlah orang asing dalam Shangri-La Asia. Beliau telah menyandang jawatan Pengarah Eksekutif sejak Jun 2016, sebelum dilantik sebagai Pengerusi syarikat pada Januari 2017.
Kini, beliau akan menggabungkan kedua-dua peranan sebagai Pengerusi dan CEO, satu langkah yang menurut Shangri-La dijangka dapat meningkatkan kesepaduan strategik dan pelaksanaan operasi, sekaligus memastikan visi yang bersatu dan konsisten dalam kepimpinan syarikat.

CEO Shangri-La Asia, Kuok Hui Kwong
Image via South China Morning PostTerima gaji RM312,000 sebulan dan pegang 2.7% saham syarikat
Sebelum ini, jawatan CEO dipegang oleh Lim Beng Chee, yang telah bersara pada akhir tahun 2022. Namun, beliau masih mengekalkan kedudukannya dalam Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.
Menurut makluman kepada bursa saham, Hui Kwong akan menerima gaji asas bulanan sebanyak S$94,300 atau kira-kira RM312,000, selain bonus berdasarkan prestasi dan manfaat pencen.
Selain itu, beliau juga memiliki 95.57 juta unit saham dalam Shangri-La Asia, bersamaan dengan 2.7 peratus daripada keseluruhan syarikat.

Sebagai rekod, Shangri-La Group diasaskan oleh Robert Kuok pada tahun 1971, bermula dengan pembukaan Hotel Shangri-La di Singapura
Menurut laporan tahunan 2024, Shangri-La Asia mengendalikan lebih 100 hotel di seluruh dunia, dengan 81 daripadanya dimiliki sendiri. Operasi hotel ini beroperasi di bawah empat jenama utama iaitu:
- Shangri-La
- Kerry
- Hotel Jen
- Traders
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 