Anak Lahir Di Luar Negara Bakal Terima Kewarganegaraan Automatik Pertengahan Tahun Ini
Ketetapan itu selaras dengan perancangan KDN susulan kelulusan pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan oleh Parlimen tahun lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemberian kewarganegaraan secara automatik kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing dijangka mula berkuat kuasa pada Jun atau Julai tahun ini
Memetik laporan daripada Bernama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan bahawa garis masa tersebut selaras dengan perancangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan mengenai isu kewarganegaraan oleh Parlimen tahun lalu.
Menurut beliau, proses tersebut mengambil sedikit masa kerana melibatkan pindaan kepada Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 yang perlu disediakan dalam dua versi bahasa, iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
"Kedua-dua bahasa telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). Selepas itu, kita perlu mempersiapkan dokumen dan borang berkaitan serta memaklumkan kepada pejabat Malawakil Malaysia di seluruh dunia. Seterusnya, proses perkenan dan pewartaan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian MetroLangkah bertujuan menjamin keadilan bagi para ibu yang berdepan kesukaran
Beliau menyifatkan perkembangan ini sebagai pencapaian besar Kerajaan MADANI dalam membela nasib para ibu yang selama ini berdepan kesukaran mendapatkan status kewarganegaraan anak mereka.
Sementara itu, Saifuddin Nasution menegaskan bahawa proses keputusan bagi permohonan kewarganegaraan tetap berjalan seperti biasa dan tidak pernah tergendala walaupun kerja-kerja pindaan sedang dilaksanakan.
"Bagi tahun 2025, saya menetapkan sasaran untuk membuat keputusan terhadap 20,000 permohonan kewarganegaraan. Hingga semalam, laporan pegawai menunjukkan saya telah membuat keputusan terhadap 20,032 permohonan, melepasi KPI sebanyak 32 permohonan," katanya.
Saifuddin Nasution memaklumkan bahawa tunggakan permohonan kewarganegaraan kini berjaya dikurangkan secara drastik daripada hampir 50,000 kepada kurang daripada 4,000 permohonan sejak beliau mula memegang jawatan.
"Saya optimis permohonan tertunggak selama hingga 15 tahun ini dapat diselesaikan. Menjelang suku pertama tahun ini, permohonan lama yang tertangguh akan dibuat keputusan.
"Selepas itu, kita akan membuka lembaran baharu dengan pelaksanaan pindaan Perlembagaan berkaitan kelahiran di luar negara," katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Image via BernamaSeramai 35 banduan, kebanyakannya dari Penjara Kajang, berjaya bergelar huffaz setelah menamatkan modul pemulihan.
"Saya telah mengarahkan supaya program ini diperluaskan ke penjara lain dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri.
"Kita mempunyai penjara di seluruh negara. Jika ini dilaksanakan secara tersusun, ia boleh menjadi satu gerakan nasional," katanya.
Saifuddin mendedahkan cabaran utama bekas banduan adalah penerimaan masyarakat yang menyukarkan proses reintegrasi.
Bagi menanganinya, program seperti Pembebasan Berlesen dan Program Reintegrasi Komuniti dijalankan dengan sokongan hampir 900 majikan sektor perladangan serta pertanian, selain penyediaan 22 rumah perantaraan di seluruh negara.
Inisiatif ini terbukti berkesan apabila kadar jenayah berulang (residivisme) dalam kalangan peserta program ini hanya mencatatkan satu kes bagi setiap 800 orang, jauh lebih rendah berbanding kadar purata nasional iaitu 12 peratus.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 