Anak Kak KM Tepis Dakwaan Tak Lepas Interview Stage SIA Punca Kena Bayar RM50,000
Bella juga berkata dia tidak akan maafkan sesiapa yang memfitnahnya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Anak sulung kepada selebriti media sosial terkenal, Kak KM, iaitu Bella tampil mempertahankan diri selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai statusnya dalam latihan pramugari bersama Singapore Airlines (SIA) baru-baru ini
Menerusi video yang kini tular di TikTok, Nabila dengan nada tegas membidas dakwaan sesetengah netizen yang menuduhnya gagal ujian dan tak lepas latihan fizikal sewaktu mengikuti latihan intensif di syarikat penerbangan berprestij itu.
Menurut Nabila, ramai tidak tahu bahawa sebelum seseorang diterima menjalani latihan sebagai kru kabin di Singapore Airlines, mereka perlu melalui beberapa peringkat pemilihan yang ketat. Dia menegaskan bahawa dirinya telah pun melepasi semua proses saringan sebelum menyertai latihan.

Bella juga berkata dia tidak akan maafkan sesiapa yang memfitnahnya
"Saya berhenti kerana keluarga saya perlukan saya di rumah, macam tu juga dengan saya. Lagipun banyak benda yang saya kena selesaikan sebab ini kerja pertama saya.
"Sekarang macam-macam dah keluar di media sosial dan ramai yang buat spekulasi. Ada yang bebal cakap post bukti pakai uniform dulu. Boleh je, tapi kau bayarkan saman aku boleh? I have signed the agreement and everything.
"Kau ingat tu company bapak kau ke takda rules and policy? Cakap macam tak pakai otak, kesian," katanya di IG story.


Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 