Anak Hadir Ke Pusat Dialisis Dengan Jubah PhD Sebagai Hadiah Buat Bapa Cetus Momen Indah
Mesti bangga bapa dia lihat kejayaan anaknya.
Cover image via @wansyamzzz (Thread)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Mendapatkan gelaran graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bukanlah satu perjalanan yang mudah
Pengajian di peringkat tertinggi ini menuntut komitmen sepenuhnya, ketahanan mental dan fizikal, serta kemampuan untuk berfikir secara kritis dan mendalam dalam bidang yang dikaji.
Di sebalik satu gelaran "Dr." yang tertera pada nama, tersimpan bertahun-tahun usaha yang penuh cabaran daripada penyelidikan yang kompleks, penyediaan tesis yang panjang, hinggalah kepada saat mempertahankan hasil kajian di hadapan panel pakar.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati ketika beliau pulang melawat ayahnya, selepas berjaya menamatkan pengajian dan meraih gelaran PhD.

Bapa tak dapat hadir konvokesyen kerana perlu jalani rawatan dialisis
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Thread, wanita berkenaan menjelaskan bahawa bapanya tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen kerana sedang menjalani rawatan.
Namun, demi memastikan detik bersejarah itu tetap dapat dinikmati bersama insan tersayang, dia mengambil inisiatif untuk terus ke pusat dialisis bagi menyerahkan sendiri hadiah konvokesyen kepada bapanya.
"Abah tak dapat datang masa saya konvo tempoh hari, maka saya datang ke tempat dialisis abah untuk beri hadiah ini kepadanya.
"Abah… Terima kasih untuk segalanya. Kami sayang abah," katanya.
Lihat video di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



