Anak Desa Cipta Sejarah, 3 Murid Orang Asli Tawan Emas Robotik Antarabangsa

Kejayaan itu dicapai menerusi ciptaan robot "rover", yang direka untuk mengkaji permukaan Marikh.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama Malaysia gah di persada dunia apabila tiga pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Tereh, Kluang, Johor, berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Idea Kreatif (Tingkatan Rendah) di Olimpiad Robot Antarabangsa (IRO 2025) ke-27 yang berlangsung di Gold Coast, Australia

Menerusi laporan Bernama, kemenangan bermakna itu diraih menerusi inovasi robot "rover" untuk kajian permukaan Marikh, yang berjaya menumpaskan persaingan sengit daripada 15 buah negara lain.

Menurut guru pengiring, Muhammad Fakhri Che Lah, pencapaian luar biasa ini adalah hasil dedikasi dan persiapan rapi pasukan tersebut sepanjang tahun ini.

"Persediaan dibuat melalui latihan berterusan di sekolah, dengan murid-murid membangunkan pelbagai reka bentuk robot berdasarkan tema angkasa, sebelum memilih reka bentuk paling sesuai semasa pertandingan," katanya kepada pemberita.

SAYS.com
Image via Bernama

Pencapaian sekali gus menolak stigma pelajar Orang Asli tidak mampu bersaing pada peringkat antarabangsa

Kejayaan merangkul kejuaraan di persada dunia nyata memberikan kejutan buat salah seorang ahli pasukan, Vyonnie Jezzy James Marcel, 12.

Beliau mengakui cabaran utama pertandingan tersebut adalah keperluan untuk bertindak dengan pantas dan tepat dalam tempoh yang sangat terhad.

"Ada susah, ada senang. Masa yang diberi empat jam, tetapi dalam tiga jam setengah kami dapat siapkan robot tu….Kami menggunakan dua sensor iaitu high screen line dan juga ultrasonic," katanya.

Kejayaan luar biasa ini turut mendapat perhatian Pengarah Jabatan Pembelajaran dan Pusat Satelit Petrosains, Norhana Hamim.

SAYS.com
Image via Bernama

Menurut beliau, pencapaian ini adalah bukti nyata keberkesanan program Petrosains Tech4All dalam memperkasakan pendidikan STEM secara inklusif di Malaysia.

"Apa yang kita saksikan hari ini ialah kejayaan yang sangat-sangat bermakna…ini menunjukkan keberkesanan program ini apabila anak-anak ini diberikan platform yang betul, program yang bertepatan dengan latar belakang mereka," katanya.

Tambah beliau, pencapaian ini sekali gus menepis stigma terhadap kemampuan pelajar Orang Asli untuk bersaing di peringkat global.

Secara keseluruhan, seramai 15 pelajar Orang Asli dari lima sekolah rendah yang mewakili Malaysia ke IRO 2025 turut berjaya membawa pulang satu pingat gangsa dan tiga Anugerah Teknikal.

Pencapaian ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara Petrosains, KPM dan OPITO.

SAYS.com
Image via Bernama

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: