Anak Cadang Minta Ayah Kembali Bekerja Demi Tanggungjawab Pada Ibu Walaupun Sudah Bersara

Apa pendapat korang?

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu tanggungjawab nafkah terhadap ibu bapa yang uzur atau tidak berupaya seringkali menjadi perdebatan dalam masyarakat, terutamanya apabila melibatkan individu yang telah bersara

Walaupun persaraan sering dilihat sebagai fasa berehat selepas penat bekerja, realiti kehidupan mendapati sesetengah ibu bapa mungkin masih terikat dengan komitmen kewangan atau perlukan sokongan berterusan, khususnya jika pasangan mereka masih hidup dan memerlukan penjagaan.

Namun, cadangan mengejut daripada seorang anak agar bapanya yang sudah bersara kembali bekerja demi menunaikan tanggungjawab terhadap ibunya sehingga mencetuskan persoalan ramai.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Cadang minta ayah kembali kerja untuk beri nafkah pada ibu

Menerusi sebuah luahan yang dikongsi di laman X, seorang individu secara terbuka mencadangkan agar bapanya yang telah bersara kembali bekerja.

Menurut individu tersebut, tindakan ini adalah demi menunaikan tanggungjawab nafkah terhadap ibunya, sekali gus menimbulkan persoalan etika dan perundangan dalam hal kewajipan keluarga.

"Dia dah pencen umur 62 tahun. Bukan anak-anak tak boleh tolong, tapi nafkah dan tanggungjawab pada mak aku still ada. Anak tiap-tiap bulan ada je hulur. Cuma mak aku kadang luah. Ayah aku sihat je, kaki tak kuat sikit. Kerja ringan-ringan okay kan kalau suggest," luahnya dalam platform berkenaan.

SAYS.com
Image via X

Cadangan yang disuarakan ini mendapat pertikaian yang meluas dalam kalangan netizen.

Sesetengah pihak menganggap individu tersebut sebagai anak yang tidak mengenang budi.

Namun begitu, terdapat juga netizen lain yang tampil memberikan pelbagai pandangan dan pendapat masing-masing mengenai isu tanggungjawab kewangan antara ibu bapa dan anak-anak dalam konteks persaraan ini.

Lihat antara komen netizen di bawah:

SAYS.com
Image via X
SAYS.com
Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik