Anak Aliff Syukri Bodek Jam Cartier RM30K Buat Ramai Tergamam. Wow!
Dengar cerita dah dapat jamnya.
Cover image via @papalarisofficial (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, anak kedua Datuk Aliff Syukri iaitu Qadejah mencuri perhatian netizen selepas dia meminta jam jenama Cartier kepada ayahnya
Menerusi video yang dimuat naik oleh Datuk Aliff, Qadejah atau mesra dipanggil Cess dilihat masuk ke bilik ayahnya sambil memakai telekung.
Apa yang menghiburkan, dia sempat membodek ayahnya itu untuk membeli seutas jam tangan dipercayai jenama Cartier.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila mengetahui jam tersebut berharga lebih RM30K!
Cess dilihat sakan membodek ayahnya sambil mengusap tangan Datuk Aliff demi mendapatkan jam idamannya itu.
Datuk Aliff yang seolah-olah terperangkap dengan ayat manis anaknya itu berkata beliau akan memikirkannya dahulu sama ada mahu membelikan jam tersebut atau tidak.
"Hidup ni keras, baru banyak anak belum lagi banyak isteri," katanya seloroh.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



